The prev alance and risk factors for inhospital mortality among copd patients admitted to Hospital Universiti Sains Malaysia

Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) adalah salah satu penyebab kematian yang utama di seluruh dunia dan ia satu-satunya penyakit yang menunujukkan tahap peningkatan kematian setiap tahun. Walaubagaimanapun, faktor-faktor yang menyumbang kepada kematian pesakit COPD masih bel urn di ketah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ku Noraisikin, Ku Ali
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/51704/1/DR.%20KU%20NORAISIKIN%20KU%20ALI%20-%2024%20pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) adalah salah satu penyebab kematian yang utama di seluruh dunia dan ia satu-satunya penyakit yang menunujukkan tahap peningkatan kematian setiap tahun. Walaubagaimanapun, faktor-faktor yang menyumbang kepada kematian pesakit COPD masih bel urn di ketahui dengan jelas, oleh itu adalah sangat penting untuk mengetahui faktor-faktor penyumbang ini supaya satu rancangan perawatan yang strategik dapat di wujudkan untuk mengurangkan kadar kematian. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui prevalens kematian pesakit COPD yang di masukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia. Objektif yang kedua adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor risiko kematian pesakit COPD. Sejumlah 324 orang pesakit terlibat dalam kajian retrospektif ini. Prevalens kematian pesakit COPD yang di masukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia adalah tinggi iaitu 26.1 %. Punca utama kematian adalah penyakit COPD itu sendiri iaitu 41% dan penyakit jantung adalah penyumbang kedua kematian iaitu 33%. Faktor-faktor yang telah di kenalpasti sebagai penyumbang kepada kematian pesakit COPD, setelah di analisis dengan analisis multivariate adalah perokok, tempoh penyakit COPD, jumlah kemasukan ke unit rawatan rapi, penyakit radang paru-paru (pneumonia), tahap albumin di dalam darah dan tahap gas karbon dioksida di dalam darah.