Takhrīj Hadith Dalam Tafsir Al-Azhar Karangan Hamka

Tafsir al-Azhar karangan Hamka merupakan antara kitab tafsir yang masyhur dan menjadi rujukan masyarakat Islam di Nusantara. Dalam karya tersebut, Hamka membawakan hadith-hadith sebagai tafsiran kepada ayat-ayat al-Quran. Berdasarkan kajian terdahulu terdapat hadith daif dan palsu di samping terdapa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahim, Imran Ab
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52084/1/IMRAN%20BIN%20AB%20RAHIM%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tafsir al-Azhar karangan Hamka merupakan antara kitab tafsir yang masyhur dan menjadi rujukan masyarakat Islam di Nusantara. Dalam karya tersebut, Hamka membawakan hadith-hadith sebagai tafsiran kepada ayat-ayat al-Quran. Berdasarkan kajian terdahulu terdapat hadith daif dan palsu di samping terdapat hadith yang tidak dijelaskan statusnya meskipun telah ada usaha untuk melakukan takhrīj. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji kaedah ulama hadith dalam menentukan sesebuah hadith sebagai maqbūl ataupun mardūd. Selain itu, kajian ini juga mengkaji kaedah penulisan hadith dalam Tafsir al-Azhar karangan Hamka di samping menganalisis hadith-hadith yang terdapat dalam Tafsir al-Azhar dari juzuk enam hingga sembilan memandangkan masih belum terdapat kajian terdahulu dari aspek takhrīj al-ḥadīth dan dirāsah asānid. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif yang dilakukan melalui kajian Kepustakaan dengan mendapatkan data-data daripada kitab-kitab induk hadith seperti al-Kutub al-Sittah dan juga kitab-kitab rijāl al-ḥadīth. Oleh itu, pengkaji menganalisis hadith-hadith tersebut melalui metode takhrīj al-ḥadīth selain metode induktif dan deduktif. Berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa daripada 90 hadith yang dianalisis, 70 hadith daripadanya adalah sahih, sembilan hadith adalah hasan, enam hadith adalah daif, dua hadith adalah da‘if jiddan, satu hadith adalah palsu dan dua hadith tidak dapat dikenal pasti. Dengan itu, hadith-hadith berstatus sahih dan hasan dalam Tafsir al-Azhar yang boleh dijadikan hujah adalah lebih banyak jumlahnya berbanding hadith-hadith yang tidak boleh dijadikan hujah yang terdiri daripada daif, da‘if jiddan dan palsu.