Pembentukan Indeks Dan Penentu Penentu Daya Saing Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia

Pada zaman globalisasi ini, daya saing bandar telah menjadi isu penting pada peringkat nasional dan global. Sesebuah bandar yang berdaya saing mempunyai ciri- ciri yang kompleks dan pelbagai dimensi. Konsep daya saing bandar merujuk kepada keupayaan sesebuah kawasan bandar untuk menyediakan persekit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chee Ann, Lim
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52354/1/Pages%20from%20LIM%20CHEE%20ANN%20-%20TESIS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada zaman globalisasi ini, daya saing bandar telah menjadi isu penting pada peringkat nasional dan global. Sesebuah bandar yang berdaya saing mempunyai ciri- ciri yang kompleks dan pelbagai dimensi. Konsep daya saing bandar merujuk kepada keupayaan sesebuah kawasan bandar untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang sesuai. Oleh sebab masalah ketersediaan data, kajian ini meneliti konsep daya saing bandar dari perspektif negeri dalam konteks Malaysia dengan menggunakan Indeks Daya Saing Negeri (IDSN) yang komprehensif untuk mengukur tahap daya saing bagi negeri-negeri di Malaysia. Sebanyak 24 petunjuk terbahagi kepada enam komponen seperti Prestasi Ekonomi (PE), Struktur Ekonomi (SE), Pemasaran dan Keterbukaan (PK), Kualiti Hidup (KH), Keselamatan Awam (KA) dan Kualiti Alam Sekitar (KAS) digunakan untuk menghitung IDSN di Malaysia dengan menggunakan kaedah pemberat sebanding.