Hubungan Kerajaan Lamuri Dengan Dunia Antarabangsa Berdasarkan Temuan Seramik Di Kawasan Lamreh Kabupaten Aceh Besar (13 – 15 M)

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji seramik yang terdapat di tapak Lamreh, Aceh-Indonesia. Fokus penyelidikan ini ialah untuk melakukan klasifikasi, pentarikhan, kronologi dan menentukan peranan tapak Lamreh berdasarkan bukti seramik. Oleh itu, untuk mendapatkan seramik maka kaedah pengumpulan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Husni, Amir
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52481/1/AMIR%20HUSNI%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji seramik yang terdapat di tapak Lamreh, Aceh-Indonesia. Fokus penyelidikan ini ialah untuk melakukan klasifikasi, pentarikhan, kronologi dan menentukan peranan tapak Lamreh berdasarkan bukti seramik. Oleh itu, untuk mendapatkan seramik maka kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah survei dan ekskavasi. Hasil kerja lapangan menjumpai 6,913 serpihan seramik dengan pelbagai jenis, bentuk dan motif. Kesemua seramik tersebut dianalisis menggunakan beberapa kaedah iaitu (1) analisis morfologi untuk mengenal pasti jenis dan bentuk seramik, (2) analisis motif hias untuk mengetahui motif-motif seramik, (3) pentarikhan relatif untuk menentukan usia seramik dan kronologi tapak, (4) analisis saintifik menggunakan kaedah X-Ray Flourescence (XRF) dan Energy Dispersive X-Ray (EDX) untuk mengenal pasti asal-usul seramik mengikut kepada dapur dan negara penghasilnya dan (5) analisis perbandingan untuk mengetahui peranan tapak Lamreh pada masa lampau berdasarkan bukti seramik. Hasil analisis mendapati seramik di tapak Lamreh berasal daripada empat negara yang berbeza iaitu China, Thailand, Vietnam dan Myanmar. Jenis seramik China yang dijumpai ialah seladon yang dihasilkan di dapur Longquan pada zaman Dinasti Song Selatan dan Yuan (abad ke-13 dan ke-14 Masihi),