Pembinaan Dan Kesan Modul Terapi Seni Dalam Pengurusan Kemarahan Remaja

Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Terapi Seni Dalam Pengurusan Kemarahan Remaja (TASMAR) dan mengkaji kesan modul tersebut. Kajian ini juga untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan modul. Nilai kesahan modul adalah 82.28 peratus manakala nilai alpha cronbach’s bagi kebolehpercayaan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusof, Shamshul Azura Md
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52565/1/SHAMSHUL%20AZURA%20BIN%20MD%20YUSOF%20-%20TESIS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Terapi Seni Dalam Pengurusan Kemarahan Remaja (TASMAR) dan mengkaji kesan modul tersebut. Kajian ini juga untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan modul. Nilai kesahan modul adalah 82.28 peratus manakala nilai alpha cronbach’s bagi kebolehpercayaan modul adalah .96. Sampel dikenal pasti melalui kaedah persampelan bertujuan. Sampel terdiri daripada remaja yang mendapat skor tahap kemarahan 76-100 dalam ujian State-Trait Anger Expression Inventory-2 Child and Adolescent (STAXI-2 C/A). Bagi melihat kesan modul, rekabentuk kajian kuasi eksprimen digunakan dengan gabungan kaedah kuatitatif dan kuanlitatif. Keputusan kuatitatif mendapati terdapat perbezaan yang signifikan kesan modul terhadap kemarahan remaja, nilai t=2.83, df=71, p=0.00 (p<.05). Kesan modul terhadap pengurusan kemarahan remaja berdasarkan jantina menunjukkan perbezaan yang signifikan, nilai t=5.86, df=70, p=.000 (p<.05). Seterusnya, terdapat perbezaan yang signifikan kesan modul terhadap pengurusan kemarahan remaja berdasarkan masa, nilai t6.54, df=71, p=.000 (P>.05). Secara kuantitatif, modul berkesan dalam pengurusan kemarahan terhadap remaja lelaki dan perempuan. Modul juga berkesan secara kualitatif dengan hasil dapatan temu bual yang membentuk tema-tema yang menunjukkan kesan positif modul terhadap remaja iaitu memberi pengetahuan baru, meluahkan kemarahan, menyembuhkan emosi, merubah diri dan memberi motivasi. Impikasi kajian ini, remaja dapat diberikan kemahiran mengatasi kemarahan. Hal ini dapat mengurangkan kesan negatif kemarahan seperti salah laku, jenayah serta masalah kesihatan mental dan fizikal. Kajian ini juga memberi sumbangan ilmu dalam penghasilan modul intervensi kaunseling menggunakan pendekatan terapi seni.