A randomised control trial on the use of topical methicillin in reducing ventriculoperitoneal shunt postoperative infection

Analisis prospektif efek penggunaan antibiotic methicillin secara topikal dalam mengurangkan infeksi pascapembedahan ventriculoperitoneal shunt. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk menilai penggunaan antibiotic methicillin dalam pembedahan ventriculoperitoneal shunt termasuk merendam alat-alat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharon Casilda, Theophilus
Format: Thesis
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/53422/1/DR.%20SHARON%20CASILDA%20THEOPHILUS%20-%2024%20pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Analisis prospektif efek penggunaan antibiotic methicillin secara topikal dalam mengurangkan infeksi pascapembedahan ventriculoperitoneal shunt. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk menilai penggunaan antibiotic methicillin dalam pembedahan ventriculoperitoneal shunt termasuk merendam alat-alat system shunt dalam bancuhan antibiotic methicillin untuk membasmi infeksi pasca pembedan shunt. Kajian ini adalah sebuah kajian prospektif yang bermula dari bulan November 2005 sehingga bulan Mei 2007 semua kes-kes yang di rujuk atau di masukkan ke wad Neurosurgeri di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang di diagnosa dengan hidrokefalus, di perhatikan selama 3 bulan setelah pembedahan ventriculoperitoneal shunt. Pasien di pilih secara random dan di bagi kepada 2 kumpulan, kumpulan 1 tanpa penggunaan topikal methicillin dan kumpulan 2 dengan penggunaan topical ,methicillin. Keputusan ujikaji tersebut di analisa menggunakan aplikasi SPSS versi 12.0 [2003] Sejumlah 90 pasien di lantik untuk mengambil bahagian dalam kajian ini dimana diteliti factor-faktor seks, umur, lama dan waktu pembedahan di lakukan, etiologi dan tahap kecekapan ahli bedah yang boleh mempengaruhi jangkitan kuman pascapembedahan ventriculoperitoneal shunt. Faktor- faktor yang diteliti selama 3 bulan setelah pembedahan ventriculoperitoneal shunt.13 orang telah mendapat jangkitan kuman pasca pembedahan ventriculoperitoneal shunt dalam 3 bulan. Dimana kumpulan 1 tanpa methicillin kadar jangkitan di dapati 20% dan kumpulan 2 dengan methici llin kadar jangkitan 8.9%. secara statistik di dapati tiada perubahan dalam menurunkan kadar jangkitan walaupun dengan penggunaan topical methicillin (p=0.230) Didapati kadar jangkitan yang lebih tinggi pada kanak-kanak di bawah 1 tahun yaitu 64.3% dan jangka waktu pembedahan yang melebihi satu jam menyebabkan kadar jangkitan lebih tinggi yaitu 84.5%. Dari penyelidikan ini dapat di buat kesimpulan bahwa penggunaan topical methicillin tidak mengurangkan jangkitan kuman pasca pembedahan ventriculoperitoneal shunt (p=0.0230). Walau bagaimanapun di dapati bahwa factor-faktor lain seperti umur dan jangka masa pembedahan memainkan peranan dalam menentukan jangkitan kuman pasca pembedahan.