Kerisauan Jenayah Dalam Konteks Keselamatan Awam: Kajian Kes Di Negeri Pulau Pinang

Keselamatan awam merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan hidup masyarakat di Malaysia. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melestari keselamatan awam. Aspek kerisauan jenayah dapat membentuk suasana selamat dan men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Za’im
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/55750/1/full%20thesis%20by%20zaim%20new.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keselamatan awam merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan hidup masyarakat di Malaysia. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melestari keselamatan awam. Aspek kerisauan jenayah dapat membentuk suasana selamat dan menghindari rasa bimbang masyarakat terhadap jenayah. Kepesatan perbandaran dan pembangunan ekonomi telah meletakkan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri yang mencatatkan indeks jenayah per kapita yang tinggi antara negeri-negeri di wilayah utara Malaysia. Pada tahun 2013 dan 2014, Pulau Pinang merupakan negeri kelima di Malaysia yang mencatatkan indeks jenayah yang tinggi. Secara turutan, kes tertinggi dilaporkan berlaku di Daerah Seberang Perai Tengah, diikuti Daerah Timur Laut, Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Barat Daya dan Daerah Seberang Perai Selatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kerisauan jenayah dan menentukan ukuran indeks kerisauan jenayah dalam aspek keselamatan awam di Pulau Pinang. Enam faktor utama yang dipertimbangkan adalah penguatkuasaan jenayah, keselamatan awam, persekitaran fizikal, aktiviti devian, trend jenayah dan kehadiran warga asing. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan pengedaran soal selidik seramai 400 orang responden dan pemilihan saiz sampel dikira berdasarkan nisbah populasi penduduk bagi sesuatu daerah terhadap keseluruhan populasi penduduk di Pulau Pinang. Hasil kajian menunjukkan wujud kebergantungan masyarakat terhadap agensi keselamatan dalam pencegahan jenayah. Faktor seperti trend jenayah, aktiviti devian dan kehadiran warga asing telah menyumbang kepada tahap kerisauan yang tinggi dalam kalangan responden. Indeks kerisauan jenayah dengan skor 3.86 telah dihasilkan berdasarkan lima skala yang digunakan. Ini menunjukkan bahawa tahap kerisauan terhadap jenayah dalam aspek keselamatan awam di Pulau Pinang adalah tinggi.