Fasilitator Perubahan Pengetua, Komuniti Pembelajaran Profesional Dan Komitmen Pengajaran Guru Di Sarawak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator terhadap hubungan antara gaya fasilitator perubahan pengetua dengan komitmen pengajaran guru di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan penerangan berurutan KUAN-Kual. Data bagi kajian kuantit...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/55913/1/full%20thesis%20by%20SAMSIAH%20cut.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh komuniti pembelajaran
profesional sebagai moderator terhadap hubungan antara gaya fasilitator perubahan
pengetua dengan komitmen pengajaran guru di Sarawak. Kajian ini menggunakan
kaedah gabungan penerangan berurutan KUAN-Kual. Data bagi kajian kuantitatif
dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik Change Facilitator Style
Questionnaire (CFSQ), Professional Learning Communities Assessment-Revised
(PLCA-R) dan komitmen pengajaran guru. Seramai 644 orang guru telah dipilih
secara rawak daripada 67 buah sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri
Sarawak sebagai sampel kajian kuantitatif. Data kuantitatif telah dianalisis pada
peringkat organisasi. Sementara itu, pengumpulan data kualitatif dilakukan melalui
kaedah temu bual separa berstruktur terhadap tiga orang pengetua yang mengamalkan
gaya fasilitator perubahan initiator, manager dan responder serta dua belas orang
guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua di negeri Sarawak mengamalkan
tiga jenis gaya fasilitator perubahan iaitu Initiator (2 orang), Manager (48 orang) dan
Responder (17 orang). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap amalan
komuniti pembelajaran profesional dan tahap komitmen pengajaran guru di Sarawak
adalah tinggi. Di samping itu, hasil pengujian hipotesis menunjukkan bahawa
terdapat pengaruh yang signifikan gaya fasilitator perubahan terhadap amalan
komuniti pembelajaran profesional dan tahap komitmen pengajaran guru. Selain itu,
komuniti pembelajaran profesional juga menunjukkan pengaruh yang signifikan
terhadap tahap komitmen pengajaran guru. |
---|