Kesan Strategiorientasi Kitaran Inkuiri Terhadap Pencapaian Kemahiran Inkuiri, Pemikiran Kritis, Motivasi Pencapaian Dan Sikap Pembelajaran
Penyelidikan ini bertujuan membina dan menilai keberkesanan satu strategi atau pendekatan pembelajaran yang dikenali sebagai Strategi Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dengan bantuan ModelOrientasi Kitaran Inkuiri (PBI+OKI) di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. PBI+OKI adalah strategi yang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/56226/1/00001634706%20A.A.B.H.S.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini bertujuan membina dan menilai keberkesanan satu strategi
atau pendekatan pembelajaran yang dikenali sebagai Strategi Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri dengan bantuan ModelOrientasi Kitaran Inkuiri (PBI+OKI) di
kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. PBI+OKI adalah strategi yang
diubah suai daripada model-model pembelajaran inkuiri yang berasaskan
daripada teori-teori kognitif, khususnya yang berkaitan dengan pemikiran kritis.
Perubahan tingkah laku pelajar yang dinilai adalah dari aspek-aspek seperti
prestasi dalam kefahaman inkuiri, pemikiran kritis, motivasi pencapaian, sikap
dan kesedaran metakognitif yang telah terbentuk di kalangan pelajar-pelajar.
Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen. Seramai 120 orang sampel
pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan iaitu kumpulan Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri dengan bantuan modelOrientasi Kitaran Inkuiri (PBI+OKI),
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri tanpa bantu model (PBI) dan Pembelajaran
Amalan Biasa (PAS). Pelajar-pelajar yang digunakan telah dipilih secara rawak
daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Kinta di negeri Perak Darul-
Ridzuan. Analisis-analisis varian satu hala ANOVA telah digunakan untuk
,
menqukurkesan utama ke atas pemboleh ubah-pemboleh ubah bersandar bagi
ketiga-tiga kumpulan rawatan. Data-data yang diperolehi terlebih dahulu
dibersihkan melalui penggunaan Model Pengukuran Rasch dan kemudian
diperbetulkan dengan analisis Kovariat (ANCOVA) bagi mensetarakan dapatan
Ujian Pra. Manakala bagi menilai kekuatan hubungan antara kefahaman inkuiri dengan pemikiran kritis, motivasi pencapaian dan sikap, analisis regresi
digunakan. Akhir sekali, data-data yang diperolehi daripada temu bual telah
diperjelaskan secara kualitatif. Hasil kajian telah mendapati bahawa semua
hipotesis-hipotesis nol telah ditolak. Didapati telah terdapat perbezaan yang
signifikan bagi semua pemboleh ubah bersandar terhadap pemboleh ubah
bebas. Dapatan juga telah menunjukkan terdapatnya hubungan yang jelas
antara pemikiran kritis, motivasi pencapaian dan sikap terhadap pembelajaran
dengan pencapaian kefahaman inkuiri selepas Model PBI+OKI dipraktikkan.
Begitu juga telah terdapat peningkatan kesedaran metakognitif yang tinggi di
kalangan pelajar setelah PBI+OKI dipraktikkan. |
---|