Gerakan Sosial Dalam Komunitionline: Satu Kajian Wacana Gerakan 1,000,000 Facebookers Sokong Chandra Hamzah Dan Bibit Samad Riyanto" Di Indonesia
Kewujudan media sosial pada masa kini telah membawa impak kepada pelbagai aktiviti komunikasi, orang ramai lebih bebas mengungkapkan perasaan, idea ataupun gagasan sesuai dengan keinginan, tujuan, kepercayaan serta ideologi masing-masing. Dengan mengambil sampel kes terhadap kumpulan gerakan sosi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/57699/1/00001791958%20Ponco%20Budi%20Sulistyo24.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kewujudan media sosial pada masa kini telah membawa impak kepada
pelbagai aktiviti komunikasi, orang ramai lebih bebas mengungkapkan perasaan, idea
ataupun gagasan sesuai dengan keinginan, tujuan, kepercayaan serta ideologi
masing-masing. Dengan mengambil sampel kes terhadap kumpulan gerakan sosial
anti-rasuah di media sosial Facebook yang bemama "Gerakan 1,000,000
Facebookers Sokong Bibit Samad Riyanto dan Chandra Hamzah", kajian ini
bertujuan untuk menerangkan pola dan ciri-ciri komunikasi yang berlaku, peranan
ideologi sebagai kerangka asas untuk mengatur kognisi sosial yang dikongsi, faktorfaktor
yang menjadi latar belakang ahli-ahli kumpulan untuk menyertainya dan
menerangkan peranan media sosial dalam mewujudkan gerakan sosial anti-rasuah di
dalam komuniti online di Indonesia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif
dilengkapkan dengan kaedah kuantitatif iaitu analisis wacana ideologi, temu bual
mendalam dan analisis kandungan. Bagi melengkapkan data yang berkaitan dengan
aspek-aspek kognisi sosial, 15 ahli komuniti dan lima pakar yang berkaitan telah
ditemu bual. Kajian mendapati bahawa ideologi memainkan peranan dalam
mempengaruhi pola komunikasi dalam kalangan ahli-ahli komuniti. Pola komunikasi
telah berubah secara dinamik mengikut prestasi Komisi Pembanterasan
Korupsi/Rasuah (KPK) dalam mengendalikan kes-kes rasuah. |
---|