Perbandingan tahap pengetahuan dan sikap tentang kanser serviks dalam kalangan wanita bandar dan luar bandar di daerah Dungun, Terengganu

Kanser serviks merupakan penyebab ketiga kematian dalam kalangan kaum wanita reproduktif yang berisiko di Malaysia. Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan sikap tentang kanser serviks dalam kalangan wanita bandar dan luar bandar di Daerah Dungun, Terengganu. Kajian ini melibatka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anuar, Nik Nur Zuraida Nik
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57703/1/NIK%20NUR%20ZURAIDA%20BINTI%20NIK%20ANUAR%20-FINAL%20THESIS%20S-SKM000219--24%20pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kanser serviks merupakan penyebab ketiga kematian dalam kalangan kaum wanita reproduktif yang berisiko di Malaysia. Kajian ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan sikap tentang kanser serviks dalam kalangan wanita bandar dan luar bandar di Daerah Dungun, Terengganu. Kajian ini melibatkan golongan wanita berumur dalam lingkungan 30 tahun hingga 65 tahun. Reka bentuk kajian perbandingan ini dijalankan untuk membandingkan tahap pengetahuan dan sikap tentang kanser serviks dalam kalangan wanita bandar dan luar bandar. Kaedah persampelan pula menggunakan kaedah porposive sampling berdasarkan kriteria pengambilan sampel dan kriteria pengecualian sampel. Data dalam kajian ini dianalisa menggunakan versi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 20 sofware (IBM Corp,2013). Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan wanita bandar dan luar bandar adalah baik. Manalaka tahap sikap pula menunjukkan wanita bandar dan luar bandar banyak memberi respon yang positif tentang kanser serviks. Malah perbandingan antara tahap pengetahuan dan tahap sikap bagi wanita bandar dan luar bandar juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Hasil dari model regresi berganda (MLR) yang dijalankan juga menunjukkan tiada sebarang faktor yang signifikan dalam meramal tahap pengetahuan dan tahap sikap bagi wanita bandar. Manakala faktor pendidikan dan faktor mengamal perancang keluarga adalah signifikan dalam meramal tahap pengetahuan dan tahap sikap bagi wanita luar bandar dengan nilai p<0.05.