Pandangan, Amalan Dan Cabaran Guru Prasekolah Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Aktiviti Bermain Dalam Komponen Sains Awal

Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah termaktub dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017, iaitu selepas empat tahun KBAT ditransformasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan, mengenalpasti amal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rasid, Norhailee Abdul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/59386/1/NORHAILEE%20BINTI%20ABDUL%20RASID%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah termaktub dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017, iaitu selepas empat tahun KBAT ditransformasikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan, mengenalpasti amalan dan cabaran guru prasekolah terhadap penerapan KBAT melalui aktiviti bermain dalam komponen Sains Awal. Kajian yang berpaksikan pada pendekatan kualitatif pelbagai kes, melibatkan tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada guru-guru prasekolah di bawah KPM di negeri Pulau Pinang. Pemilihan peserta kajian adalah secara persampelan bertujuan. Proses pengumpulan data direalisasikan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data kualitatif menggunakan perisian Atlasti Versi-8. Dapatan menunjukkan bahawa keseluruhan peserta kajian memberi pandangan yang positif terhadap amalan penerapan KBAT melalui aktiviti bermain dalam komponen Sains Awal. Amalan ini berfokuskan kepada tiga tema utama iaitu perancangan; pelaksanaan; dan penilaian ke atas PdPc guru. Para peserta kajian juga mengemukakan cabaran-cabaran yang dihadapi iaitu melibatkan guru, kanak-kanak, sumber PdPc, persekitaran bilik darjah, PPM dan ibu bapa. Oleh itu, guru dan pihak berwajib perlu berkolaborasi dan memainkan peranan bersama bagi mengaplikasikan amalan KBAT melalui aktiviti bermain, ke arah melahirkan generasi pemikir pada masa-masa akan datang.