Penghasilan Komposit Poliuretana-Kenaf Menggunakan Pengacuanan Tidak Balas Suntikan
Dalam kajian ini, komposit poliuretana (PU) telah dihasilkan dengan menggunakan difenilmetana diisosianat (MDI) dan gliserol yang diperkuat dengan gentian kenaf. Poliuretana dihasilkan dengan menggunakan mesin pengacuanan suntikan tindak balas (RIM) mengikut formulasi yang tertentu. Manakala tika...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/59455/1/24%20Pages%20from%2000001760350.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam kajian ini, komposit poliuretana (PU) telah dihasilkan dengan menggunakan
difenilmetana diisosianat (MDI) dan gliserol yang diperkuat dengan gentian kenaf.
Poliuretana dihasilkan dengan menggunakan mesin pengacuanan suntikan tindak balas
(RIM) mengikut formulasi yang tertentu. Manakala tikar gentian kenaf dihasilkan
menggunakan mesin penyisirkasaran dan penumbuk-jejarum. Kesan-kesan nisbah
isosianat dengan hidroksil NCO/OH dan peratusan berat gentian kenaf terhadap
komposit PU diperkuat gentian telah dikaji. Berdasarkan pemerhatian, didapati sifat
komposit PU yang dihasilkan dipengaruhi oleh peratusan gentian kenaf dan juga nisbah
NCO/OH yang digunakan dengan ketara. Kesan proses penumbukan-jejarum ke atas
tikar gentian kenaf yang dihasilkan juga memberikan kesan terhadap komposit PU.
Daripada analisis pengimejan SEM, didapati rangkaian telah terbentuk di antara
matriks PU dan gentian kenaf. Selain itu, fenomena mengunci di antara matriks PU dan
gentian kenaf juga dapat diperhatikan, iaitu penyerapan matriks ke dalam kapilari
gentian kenaf. |
---|