Pengaruh Qudwah Hasanah Ibu Bapa Terhadap Akhlak Remaja Sekolah Menengah Di Kedah

Ibu bapa merupakan pendidik terawal anak-anak yang berperanan sebagai pemberi contoh teladan yang baik. Namun begitu, kurangnya didikan agama dan perhatian ibu bapa dalam kehidupan berkeluarga menjadikan anak remaja mudah terdedah dengan masalah akhlak masa kini. Kelemahan ibu bapa dalam mendidik an...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Nadzim, Noraziah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60070/1/24%20Pages%20from%20NORAZIAH%20BINTI%20AHMAD%20NADZIM.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ibu bapa merupakan pendidik terawal anak-anak yang berperanan sebagai pemberi contoh teladan yang baik. Namun begitu, kurangnya didikan agama dan perhatian ibu bapa dalam kehidupan berkeluarga menjadikan anak remaja mudah terdedah dengan masalah akhlak masa kini. Kelemahan ibu bapa dalam mendidik anak melalui qudwah hasanah kurang diberi perhatian. Umum mengetahui, golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara pada masa akan datang. Namun pada realitinya, pelbagai gejala sosial meruntuhkan akhlak remaja masa kini. Sehubungan itu, tujuan kajian ini untuk mengkaji pengaruh qudwah hasanah (contoh teladan yang baik) ibu bapa terhadap akhlak remaja sekolah menengah di Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan disokong oleh kaedah penyelidikan kualitatif. Data kuantitatif diperoleh melalui set soal selidik melibatkan 375 remaja Tingkatan Empat sekolah menengah di Kedah. Data kualititatif iaitu temu bual diperoleh daripada enam orang subjek kajian yang dipilih berdasarkan kaedah pemilihan bertujuan. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for the Social Science) Version 23 bagi mendapatkan skor min, peratusan, kekerapan, korelasi dan regresi berganda. Data temu bual pula dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti versi 7.0.