Estetika Puisi Terpilih Karya Penyair Wanita Melayu Abad Ke-20

Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti puisi-puisi terpilih penyair wanita Melayu abad ke-20 yang diwakili oleh Zurinah Hassan, Siti Zainon Ismail, Zaihasra, Siti Zaleha M. Hashim dan Salmiah Ismail daripada aspek estetika atau keindahan. Kajian ini dijalankan berasaskan ciri-ciri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mohamed, Wan Siti Azahayu
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/60130/1/24%20Pages%20from%20WAN%20SITI%20AZAHAYU%20BINTI%20WAN%20MOHAMED.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengenal pasti puisi-puisi terpilih penyair wanita Melayu abad ke-20 yang diwakili oleh Zurinah Hassan, Siti Zainon Ismail, Zaihasra, Siti Zaleha M. Hashim dan Salmiah Ismail daripada aspek estetika atau keindahan. Kajian ini dijalankan berasaskan ciri-ciri keindahan dalam konsep keindahan Teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh. Ciri-ciri keindahan tersebut ialah “Keindahan dalam Mengajar atau Mendidik”, “Keindahan dalam Mengungkapkan Kesedihan dan Kesusahan”, “Keindahan dalam Penceritaan”, “Keindahan dalam Rasa” dan “Keindahan yang Asli”. Bagi ciri “Keindahan dalam Rasa”, Teori Rasa Fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz telah disandarkan secara khusus bagi menganalisis dan menilai kehadiran rasa indah khalayak terhadap puisi-puisi yang dihasilkan oleh penyair wanita Melayu abad ke-20. Hasil kajian mendapati bahawa puisi-puisi terpilih karya lima orang penyair wanita abad ke-20 berjaya mengungkapkan keindahan seperti mana ciri-ciri keindahan dalam konsep keindahan Teori Puitika Sastera Melayu. Keindahan ini juga lahir daripada cara penyair mengadun, mengolah dan mencerna puisi-puisi mereka dengan penggunaan bahasa yang berkesan bagi menyerlahkan keindahan puisi-puisi yang dihasilkan. Manakala, ciri “Keindahan dalam Rasa” yang disandarkan pada Teori Rasa Fenomenologi pula berjaya mengungkapkan pelbagai jenis emosi dan ekspresi rasa khalayak terhadap puisi-puisi terpilih penyair wanita Melayu abad ke-20.