Kajian Mengenai Nilai Estetika Pergerakan “Senaman Melayu Tua” Melalui Teknologi Motion Capture
Kajian ini memfokuskan nilai-nilai estetika dalam visual digital data yang divisualisasikan dari pergerakan “Senaman Melayu Tua” khususnya ‘Selangkah Guru’, ‘Anak Raja Turun ke Taman’ dan ‘Adab Sembah 9’. “Senaman Melayu Tua” merupakan pergerakan senaman tradisional Melayu terapeutik yang telah d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/60498/1/24%20Pages%20from%20WAHYUNI%20MASYIDAH%20BINTI%20MD%20ISA.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini memfokuskan nilai-nilai estetika dalam visual digital data yang
divisualisasikan dari pergerakan “Senaman Melayu Tua” khususnya ‘Selangkah Guru’,
‘Anak Raja Turun ke Taman’ dan ‘Adab Sembah 9’. “Senaman Melayu Tua” merupakan
pergerakan senaman tradisional Melayu terapeutik yang telah diiktiraf oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia pada tahun 2011 sebagai Kaedah Rawatan Alternatif untuk
kesejahteraan jasmani dan rohani. Pergerakan “Senaman Melayu Tua” khususnya
‘Selangkah Guru’, ‘Anak Raja Turun ke Taman’ dan ‘Adab Sembah 9’
mempersembahkan pergerakan berfalsafah yang unik mengenai keterampilan individual
secara jasmani dan rohani. Tambahan pula, pengasas turut menyatakan bahawa
pergerakan ini melukis sesuatu yang indah namun tidak dapat dilihat melalui penglihatan
mata. Secara amnya, validasi terhadap visual estetika yang memberi manfaat terhadap
kesejahteraan hanya dijustifikasi dari persepektif saintifik, dimana hanya
membincangkan visual tersebut pada tahap macro semata-mata kerana visual tersebut
berinspirasikani alam flora, fauna serta bentuk-bentuk yang organik. Ini jelas
menunjukkan bahawa terdapat kejurangan antara bidang seni dan sains dalam
memvalidasikan visual estetika dari pergerakan yang sejahtera secara makro dan mikro.
Melihat kepada permasalahan yang diutarakan, kajian ini cuba untuk melihat
keharmonian nilai estetika pergerakan “ Senaman Melayu Tua” yang katakan mampu
memberi kesejahteraan dari jasmani dan rohani melalui pendekatan triangulasi teori. |
---|