Pemikiran Khadijah Hashim Dan N.H. Dini Dalam Novel-Novel Terpilih
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran kedua-dua orang pengarang dalam aspek pendidikan, kerjaya dan pasangan hidup. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan yang menganalisis teks daripada novel-novel pilihan untuk merungkai isu-isu dan persoalan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/60596/1/SINAWATI%20BINTI%20ZIAN%20-%20TESIS%20cut.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran kedua-dua orang
pengarang dalam aspek pendidikan, kerjaya dan pasangan hidup. Metodologi kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan yang menganalisis teks
daripada novel-novel pilihan untuk merungkai isu-isu dan persoalan yang
menggambarkan pemikiran kedua-dua orang pengarang. Selain itu, kajian ini juga
mengumpul data dan maklumat melalui kajian- kajian lepas yang telah dijalankan
oleh pengkaji sebelum ini. Objektif kajian ini mengenal pasti persamaan dan
perbezaan pemikiran Khadijah Hashim dan N.H.Dini dalam aspek Pendidikan,
Kerjaya dan Pasangan Hidup. Kajian ini menggunakan teori kritikan feminis
ginokritik semasa menganalisis pemikiran kedua-dua orang pengarang. Sebanyak
tujuh buah novel karya Khadijah Hashim dan N.H.Dini dianalisis dalam kajian ini.
Dapatan kajian ini mendapati terdapat persamaan pemikiran antara kedua-dua orang
pengarang dalam isu kepentingan pendidikan dan kerjaya terhadap wanita. Namun
begitu, terdapat perbezaan dalam pemikiran antara kedua- dua orang pengarang
dalam isu pasangan hidup. N.H.Dini tidak menolak kehadiran lelaki dalamkehidupan
wanita. Berbeza dengan Khadijah Hashim yang menolak kehadiran lelaki dalam
kehidupan wanita, kerana wanita mampu berdikari. Hal ini disebabkan oleh
pengalaman hidup kedua-dua orang penulis adalah berbeza dan pegangan hidup
kedua-duanya juga berbeza. Implikasi kajian ini menunjukkan teori ginokritik
gagasan Elaine Showalter yang diguna pakai untuk menganalisis. Penulis wanita
lebih menjiwai setiap penjelmaan watak wanita di dalam karya berbanding dengan
penulis lelaki. |
---|