Pemetaan risiko gempa bumi di Sabah menggunakan sistem maklumat geografi
Gempa bumi yang kerap berlaku telah menyebabkan kebimbangan kepada ahli akademik, jurutera, perancang, pembuat keputusan dan kerajaan dalam usaha untuk mencegah dan menguruskan bencana. Kejadian gempa bumi yang berlaku memberikan kesan yang besar kepada penduduk seperti kehilangan nyawa, harta benda...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1029/1/24p%20RASYIDAH%20BINTI%20RADUAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1029/2/RASYIDAH%20BINTI%20RADUAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1029/3/RASYIDAH%20BINTI%20RADUAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Gempa bumi yang kerap berlaku telah menyebabkan kebimbangan kepada ahli akademik, jurutera, perancang, pembuat keputusan dan kerajaan dalam usaha untuk mencegah dan menguruskan bencana. Kejadian gempa bumi yang berlaku memberikan kesan yang besar kepada penduduk seperti kehilangan nyawa, harta benda, tanah runtuh dan boleh menyebabkan berlakunya gempa susulan. Oleh itu, kajian pemetaan risiko gempa bumi dengan menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) dijalankan untuk mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi berlakunya gempa bumi. Di dalam tesis ini, kajian risiko gempa bumi dilaksanakan dengan mengkaji dan memetakan tahap ancaman, tahap kerentanan dan tahap kapasiti. Peta risiko gempa bumi ini terhasil adalah daripada susun tindih peta ancaman, peta kerentanan dan peta kapasiti tersebut. Berdasarkan jumlah keseluruhan keluasan Sabah iaitu 7,390,400 Ha, didapati bahawa 97.6% kawasan di Sabah merupakan kawasan yang berada di dalam risiko gempa bumi dengan keluasan 7,211,250 Ha manakala sebanyak 2.4% lagi adalah kawasan yang tidak berada di dalam risiko gempa bumi dengan keluasan 179,150 Ha. Dengan ini, secara tidak langsung dapat memudahkan agensi seperti PLANMalaysia dan NADMA merancang pelan keselamatan bagi mengurangkan risiko gempa bumi. Di samping itu juga dapat memberikan kesedaran di kalangan penduduk tempatan tentang faktor-faktor, punca dan tanda-tanda yang berkaitan dengan gempa bumi untuk memastikan kebajikan penduduk terjamin. Ini kerana kawasan yang terkesan akibat daripada gempa bumi berserta dengan data geospatial digital dapat diketahui melalui peta risiko gempa bumi. |
---|