Tahap penguasaan asas pedagogi, kemahiran pelaksanaan pengajaran dan sikap pengajar terhadap teknologi serta inovasi di Pusat Latihan Teknikal Tentera Laut Diraja Malaysia
Kajian ini mengkaji tahap penguasaan pengetahuan asas pedagogi, kemahiran pelaksanaan pengajaran dan sikap terhadap pengajaran berasaskan teknologi dan inovasi dalam kalangan tenaga pengajar di Pusat Latihan Teknikal, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Kajian berbentuk tinjauan telah dijalan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1036/3/24p%20MOHD%20RAZDI%20OMAR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1036/1/MOHD%20RAZDI%20OMAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1036/2/MOHD%20RAZDI%20OMAR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini mengkaji tahap penguasaan pengetahuan asas pedagogi, kemahiran
pelaksanaan pengajaran dan sikap terhadap pengajaran berasaskan teknologi dan
inovasi dalam kalangan tenaga pengajar di Pusat Latihan Teknikal, Tentera Laut
DiRaja Malaysia (TLDM). Kajian berbentuk tinjauan telah dijalankan terhadap tenaga
pengajar di Pusat Latihan Teknikal TLDM seluruh Malaysia. Sampel kajian terdiri
daripada 195 tenaga pengajar daripada 235 pengajar, yang bertugas di tempat berbeza
lokasi Pusat Latihan TLDM melibatkan Fakulti Kejuruteran, Fakulti Pegawai, Kapal
dan Pusat Latihan Peperangan Elektronik. Penentuan saiz sampel untuk kajian ini
berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dan
menggunakan instrumen borang soal selidik bagi memperolehi data daripada
responden. Borang soal selidik direka bentuk dengan menggunakan Skala Likert
Empat mata. Data yang diperolehi dianalisis bagi mendapat skor Min, Sisihan Piawai
dan ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan penguasaan asas pedagogi (M
= 2.10, SD = 0.42), kemahiran pelaksanaan pengajaran teknikal (M = 2.11, SD = 0.43)
dan sikap (M = 2.09, SD = 0.38) terhadap pengajaran berasaskan teknologi serta
inovasi dalam kalangan pengajar adalah sederhana. Hasil kajian menunjukkan
hubungan sederhana positif di antara kemahiran melaksanakan pengajaran teknikal
dengan penguasaan asas pedagogi (r = 0.564) dan sikap dengan penguasaan asas
pedagogi (r = 0.544) dalam kalangan tahap tenaga pengajar pada pengajaran
berasaskan teknologi serta inovasi. Secara keseluruhannya dapatan kajian
menunjukkan usaha meningkatkan pemahaman tenaga pengajar dalam pengetahuan
pedagogi, kemahiran pelaksanaan pengajaran dan sikap seperti melalui kursus
kemahiran pengajaran dan pedagogi perlu dilaksanakan oleh Pusat Latihan TLDM
kepada pengajar. |
---|