Kajian kecacatan di Taman Putera Indah, Batu Pahat, Johor

Kediaman baru bebas kecacatan berkait dengan kepuasan pembeli terhadap pelaburan mereka. Malang sekali, rintihan ketidakpuasan hati pembeli terhadap kualiti rumah semasa penerimaan kunci dan sepanjang tempoh kependudukan sering didengari mestipun perkembangan teknologi pembinaan telah memakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Saleh, Shahidah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1171/2/24p%20SHAHIDAH%20MD%20SALEH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1171/1/SHAHIDAH%20MD%20SALEH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1171/3/SHAHIDAH%20MD%20SALEH%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kediaman baru bebas kecacatan berkait dengan kepuasan pembeli terhadap pelaburan mereka. Malang sekali, rintihan ketidakpuasan hati pembeli terhadap kualiti rumah semasa penerimaan kunci dan sepanjang tempoh kependudukan sering didengari mestipun perkembangan teknologi pembinaan telah memakan masa berdekad-dekat lamanya. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti jenis kecacatan yang dihadapi oleh para pembeli semasa proses penyerahan kunci rumah seterusnya mengenalpasti punca kecacatan ini terjadi dari sudut pandang pengurusan pembinaan. Bagi mencapai objektif, kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif dijalankan di Taman Putera Indah, Batu Pahat, Johor. Bagi mengenalpasti jenis kecacatan yang dialami oleh pembeli, sebanyak 141 borang kaji selidik diedarkan kepada pembeli kediaman baru dan kajian menerima 57 borang yang lengkap untuk dianalisa. Manakala, 7 responden yang terdiri daripada pemaju, konsultan dan kontraktor ditemubual bagi mengenalpasti punca yang mempengaruhi kecacatan ini terjadi. Hasil kajian mendapati masalah utama kecacatan yang dihadapi oleh pembeli unit kediaman di kawasan kajian ialah keadaan rumah yang kotor semasa penyerahan kunci, terdapat retakan pada struktur dinding, keadaan permukaan lantai tidak sama rata dan terdapat kesalahan pada kecerunan lantai, siling rumah bocor, pintu dan tingkap mengeluarkan bunyi berderet apabila dibuka dan ditutup, dan pemasangan kelengkapan rumah tidak kemas selain kelengkapan tersebut tidak berfungsi dan hilang aksesorinya. Selain itu, kajian telah menemukan dapatan baru punca kecacatan mungkin terjadi iaitu lokasi perumahan yang berdekatan dengan pembinaan yang sedang berjalan. Diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan oleh semua pihak.