Penguasaan kemahiran insaniah pelajar dalam penglibatan aktiviti kokurikulum badan beruniform di UTHM
Kemahiran Insaniah (KI) pelajar IPT meliputi tujuh elemen iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pembelajaran berterusan dan teknologi maklumat, kemahiran etika moral, kemahiran keusahawanan, dan juga kemahiran...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1522/1/24p%20JULIZA%20EZAIDA%20JUMELAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1522/2/JULIZA%20EZAIDA%20%20JUMELAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemahiran Insaniah (KI) pelajar IPT meliputi tujuh elemen iaitu kemahiran
berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran pembelajaran berterusan dan teknologi maklumat,
kemahiran etika moral, kemahiran keusahawanan, dan juga kemahiran kepimpinan.
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
insaniah dalam penglibatan aktiviti kokurikulum badan beruniform berdasarkan
kepada persepsi pelajar UTHM dan juga persepsi jurulatih. Kajian ini juga mengenal
pasti kedudukan elemen kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar berdasarkan
persepsi pelajar dan persepsi jurulatih dan seterusnya mengenal pasti sama ada wujud
perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap penguasaan kemahiran insaniah
berdasarkan jantina. Seramai 285 orang pelajar dan 32 orang jurulatih di badan-badan
beruniform UTHM telah terpilih untuk menjadi responden kajian ini. Instrumen yang
digunakan adalah berbentuk soal selidik dengan nilai Alpha (α) bagi set pelajar adalah
0.96 dan set jurulatih adalah 0.93. Seterusnya, data kajian sebenar yang telah
dirumuskan dalam bentuk deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan statistik
inferens iaitu Ujian-t tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
penguasaan kemahiran insaniah pelajar adalah berada pada tahap tinggi. Kajian ini
juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan (0.622 > 0.05) persepsi
pelajar terhadap tahap penguasaan kemahiran insaniah melalui penglibatan aktiviti
badan beruniform berdasarkan jantina. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan
bahawa penguasaan kemahiran insaniah pelajar berada pada tahap yang tinggi untuk
kesemua elemen kemahiran insaniah. Adalah diharapkan kajian ini dapat memberi
manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan beberapa cadangan yang telah
dikemukan bagi kajian lanjutan dalam meningkatkan kualiti graduan pada masa akan
datang. |
---|