Stres guru yang mengajar subjek reka bentuk dan teknologi (RBT) di sekolah rendah di Kuantan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres kerja dalam kalangan guru-guru Rekabentuk dan Teknologi sekolah rendah dalam daerah Kuantan, Pahang. Faktor-faktor yang dikaji ialah tingkah laku pelajar, kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1611/1/24p%20NORREZA%20MOHD%20TAHA.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1611/2/NORREZA%20MOHD%20TAHA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1611/3/NORREZA%20MOHD%20TAHA%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres
kerja dalam kalangan guru-guru Rekabentuk dan Teknologi sekolah rendah dalam
daerah Kuantan, Pahang. Faktor-faktor yang dikaji ialah tingkah laku pelajar,
kekangan masa, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan, hubungan
interpersonal dan beban tugas. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif yang melibatkan
data kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel
terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek Rekabentuk dan Teknologi di mana
responden adalah seramai 105 orang yang diambil dari keseluruhan populasi. Data
dianalisis dengan menggunakan perisian Winsteps versi 3.69.1.11 dengan pendekatan
Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa stres kerja dalam
kalangan guru adalah disebabkan oleh faktor tingkah laku pelajar, kekangan masa,
kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan, hubungan interpersonal dan beban
tugas. Dapatan kajian juga mendapati faktor paling dominan menyumbang kepada
stres dalam kalangan guru ialah beban tugas. Hasil analisis kajian menunjukkan
tahap stres guru berada pada tahap sederhana bagi semua faktor. Selain itu, dapatan
kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap stres kerja guru di antara jantina
bagi faktor kekangan masa dan hubungan interpersonal. Bagaimanapun, dapatan
kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara jantina bagi faktor tingkah
laku pelajar, kekurangan sumber, sokongan dan penghargaan dan beban tugas. Hasil
analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap stres kerja di antara guruguru
berdasarkan kepada pengalaman mengajar. Hasil kajian ini dicadangkan
sebagai satu garis panduan kepada pelaksanaan aspek pengurusan stres supaya guruguru
dapat menangani stres seterusnya meningkatkan profesionalisme guru-guru di
sekolah. |
---|