Kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik
Ramai pelajar di peringkat diploma lemah dalam Matematik walaupun selepas menghabiskan sebelas tahun dalam sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat penyelidikan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam menyelesaikan ini seluruh dunia dengan hasil ya...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1627/1/24p%20NURULHUDA%20NGASIMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1627/2/NURUL%20HUDA%20NGASIMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1627/3/NURULHUDA%20NGASIMAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Ramai pelajar di peringkat diploma lemah dalam Matematik walaupun selepas
menghabiskan sebelas tahun dalam sistem pendidikan Malaysia. Walau
bagaimanapun, terdapat penyelidikan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif dalam menyelesaikan ini seluruh dunia dengan hasil yang
pelbagai. Tujuan kertas ini adalah untuk menganalisis kesan pembelajaran dalam
mata pelajaran Matematik dengan kaedah pembelajaran koperatif menggunakan
STAD dalam perbincangan dan interaksi dalam pasukan pada kumpulan pelajar
yang telah dipilih. Kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Penyelidikan
ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap
pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Matematik di UTHM. Di sini tahap
pencapaian pelajar diukur melalui ujian pra dan ujian pasca. Pelajar dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dan diberi
kaedah rawatan yang berbeza iaitu kumpulan kawalan menggunakan kaedah
konvensional manakala kumpulan eksperimen menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif. Perbezaan skor antara dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pasca diuji
dengan menggunakan ujian- T. Seramai 58 orang pelajar Diploma Kejuruteraan
Elektik di UTHM diuji tahap pencapaian mereka. Hasil ujian-T tidak bersandar
mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam ujian pasca kerana kaedah
pembelajaran yang berbeza diberikan kepada dua kumpulan pelajar manakala dalam
ujian pra, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kerana kedua-dua kumpulan
berada pada tahap kognitif yang sama dan tidak berikan sebarang kaedah rawatan.
Oleh itu, kaedah pembelajaran koperatif lebih meningkatkan pencapaian skor pelajar
dalam mata pelajaran Matematik berbanding menggunakan kaedah konvensional
kerana kaedah pembelajaran koperatif lebih berinteraksi sesama ahli kumpulan
dalam menyelasaikan tugasan masalah yang diberikan kepada mereka. |
---|