Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik dalam menceburi dalam bidang keusahawanan

Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktorfaktor yang mempengaruhi pelajar bidang Diploma Kejuruteraan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Mohd Shahrir
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1640/2/MOHD%20SHAHRIR%20BIN%20ABDULLAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1640/1/24p%20MOHD%20SHAHRIR%20BIN%20ABDULLAH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1640/3/MOHD%20SHAHRIR%20BIN%20ABDULLAH%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktorfaktor yang mempengaruhi pelajar bidang Diploma Kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar (PUO) dalam menceburi bidang keusahawanan. Seramai 371 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah berasaskan Model Asas Proses Keusahawanan, Teori Tingkah Laku Terancang, Model Pembangunan Usahawan dan juga Model Proses Pembentukan Usahawan. Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang mengandungi 55 item. Dapatan yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 21.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga pekali korelasi. Dapatan kajian menunjukkan setiap faktor keusahawanan yang dikaji iaitu dorongan , kepimpinan, kemahiran , motivasi, dan pengalaman adalah tinggi. Manakala bagi faktor sikap pula berada pada aras sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat keusahawan dan kepimpinan keusahawanan. Berdasarkan kajian ini, dirumuskan bahawa faktor keusahawanan yang mempengaruhi bagi diri pelajar politeknik berada pada tahap sederhana. Kajian ini diharapkan dapat membantu dan dimanfaatkan oleh pihak tertentu dalam usaha meningkatkan penerapan kesediaan pelajar politeknik diploma kejuruteraan dalam menceburi bidang keusahawanan.