Tahap kesediaan peserta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam kecenderungan menceburi keusahawanan di Kolej Komuniti Negeri Johor
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi peserta program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bidang Pastri terhadap tahap kesediaan dalam kecenderungan menceburi keusahawanan di kolej komuniti negeri Johor. Aspek tahap kesediaan yang di kaji adalah pengetahuan, minat, dorongan dan kebolehan pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1641/2/MOHD%20SHAHZUAN%20BIN%20GHAZAL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1641/1/24p%20MOHD%20SHAHZUAN%20BIN%20GHAZAL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1641/3/MOHD%20SHAHZUAN%20BIN%20GHAZAL%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi peserta program Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) bidang Pastri terhadap tahap kesediaan dalam kecenderungan menceburi
keusahawanan di kolej komuniti negeri Johor. Aspek tahap kesediaan yang di kaji
adalah pengetahuan, minat, dorongan dan kebolehan peserta program PSH yang
mengunakan persampelan rawak mudah. Sampel kajian ini terdiri daripada 236
responden dari peserta program PSH bidang Pastri. Reka bentuk kajian adalah tinjauan
yang mengunakan pendekatan kuantitatif di analisis mengunakan analisis deskriptif dan
inferensi di mana analisis data dilakukan dalam bentuk min, frekuensi,peratusan dan
mengunakan analisis ujian Kruskal Wallis dan ujian Kolerasi Spearman untuk mencari
perbezaan dan hubungan dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian dengan nilai alpha cronbach adalah 0.93 yang
menunjukkan bahawa kebolehpercayaan soal selidik diterima. Hasil dapatan kajian
tahap kesedian peserta program PSH untuk pengetahuan keusahawanan berada pada
tahap sederhana tinggi iaitu 3.67. Manakala, dari segi kesediaan minat keusahawanan
berada pada tahap tinggi iaitu 4.13, kesediaan dorongan keusahawanan berada pada
tahap tinggi ialah 4.13 dan kesediaan kebolehan keusahawanan berada pada tahap
sederhana tinggi iaitu 3.88. Bagi aspek perbezaan antara tahap kesediaan dengan umur
peserta program PSH keputusan menunjukkan bahawa nilai asymp.sig 0.397 lebih
daripada 0.05. Maka, keputusan ujian adalah “tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara tahap kesediaan kepada usahawan dengan umur peserta program PSH”. Bagi
aspek untuk menentukan hubungan antara kesediaan dan kecenderungan hasil dapatan
menunjukkan bahawa hubungan antara kesediaan keusahawanan dengan kecenderungan
peserta program PSH dalam menceburi bidang keusahawanan pada aras hubungan
sederhana iaitu r: 0.511. Oleh itu, hubungan dikenalpasti adalah“terdapat hubungan yang
positif dan signifikan antara kesediaan keusahawanan dengan kecenderungan”. |
---|