Tahap penguasaan, sikap dan minat pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap penguasaan, sikap dan minat pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading terhadap Bahasa Inggeris. Kajian yang dijalankan ini berbentuk deskriptif atau lebih dikenali sebagai kaedah tinjauan. Seramai 325 orang pelajar Diploma in Construction Techn...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamsur, Nadzalinda
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1647/2/NADZALINDA%20BINTI%20HJ.%20KAMSUR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1647/1/24p%20NADZALINDA%20BINTI%20HJ.%20KAMSUR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1647/3/NADZALINDA%20BINTI%20HJ.%20KAMSUR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap penguasaan, sikap dan minat pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading terhadap Bahasa Inggeris. Kajian yang dijalankan ini berbentuk deskriptif atau lebih dikenali sebagai kaedah tinjauan. Seramai 325 orang pelajar Diploma in Construction Technology dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara di daerah Batu Pahat telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Data yang diperoleh melalui instrument soal selidik telah dianalisis untuk mendapatkan pengukuran min, sisihan piawai, dan Pekali Korelasi Pearson untuk melihat hubungan hasil dapatan data. Manakala, frekuensi dan peratusan digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah berada pada tahap sederhana manakala faktor utama yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris tersebut adalah minat diikuti oleh sikap. Hasil dapatan menggunakan pekali Korelasi Pearson juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan penguasaan Bahasa Inggeris dan antara minat dengan penguasaan Bahasa Inggeris. Kajian menunjukkan bahawa semakin positif sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris semakin tinggi pencapaian mereka. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan memupuk sikap positif dalam diri serta meningkatkan minat mereka terhadap Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Oleh itu, diharap kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam membuat kajian yang akan datang.