Tahap stres dalam kalangan pensyarah kolej vokasional di Johor

Stres merupakan perkara yang boleh membawa gangguan kepada individu. Sekiranya tidak dicegah akan memberi impak kepada kesihatan dan kehidupan. Bagaimanapun ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Begitu juga dengan para guru atau pensyarah. Stres guru banyak dikaitkan dengan bebanan kerja yang berl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ramlee, Normarina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1656/2/NORMARINA%20BINTI%20RAMLEE%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1656/1/24p%20NORMARINA%20BINTI%20RAMLEE.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1656/3/NORMARINA%20BINTI%20RAMLEE%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Stres merupakan perkara yang boleh membawa gangguan kepada individu. Sekiranya tidak dicegah akan memberi impak kepada kesihatan dan kehidupan. Bagaimanapun ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Begitu juga dengan para guru atau pensyarah. Stres guru banyak dikaitkan dengan bebanan kerja yang berlebihan dan karenah pelajar yang membawa ketidak selesaan dalam pekerjaan. Kini, ditambah lagi dengan perubahan yang telah dialami oleh sistem pendidikan teknik dan vokasional (PTV) iaitu pembaharuan dari Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV). Namun, ini telah membawa kepada corak sistem kurikulum yang sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pensyarah kolej vokasional. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti tahap stres dalam kalangan pensyarah kolej vokasional di Johor. Kajian ini dijalankan secara kaedah tinjauan dengan menggunakan set kaji selidik dengan alpha Cronbach adalalah sebanyak 0.813. Seramai 255 orang pensyarah dari 7 buah kolej vokasional di Johor di pilih secara rawak sebagai responden untuk menjawab soal selidik yang telah dibina. Data analisis dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu dengan menggunakan kekerapan, peratusan, ujian t-bebas dan ANOVA. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan responden adalah sederhana namun terdapatnya tanda-tanda stres dalam kalangan mereka. Tahap stres dalam kalangan pensyarah perempuan lebih tinggi berbanding pensyarah lelaki. Faktor perubahan sistem merupakan faktor dominan berlakunya stres dalam kalangan reponden dengan 29%, diikuti faktor bebanan kerja (23%), faktor karenah pelajar (23%), faktor hubungan interpersonal (13%) dan faktor kekangan masa dan sumber (12%). Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap stres dan faktor stres dengan faktor jantina, tetapi didapati terdapatnya perbezaan signifikan antara tahap stres dan faktor stres dengan lokasi kolej.