Penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran reka bentuk teknologi
Kecindan merupakan suatu unsur yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka unsur kecindan, mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan, mengenal pasti unsur kecindan yang dominan dan mengenal pasti perbezaan guru...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1699/1/24p%20WAN%20NUR%20HASYMY%20WAN%20MANSOR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1699/2/WAN%20NUR%20HASYMY%20WAN%20MANSOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1699/3/WAN%20NUR%20HASYMY%20WAN%20MANSOR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kecindan merupakan suatu unsur yang penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka
unsur kecindan, mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan, mengenal pasti
unsur kecindan yang dominan dan mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan
perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran
Reka Bentuk Teknologi. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi di sekolah rendah di mana populasinya
seramai 110 dan responden adalah 80 orang. Data dianalisis menggunakan
pendekatan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian yang menggunakan borang
soal selidik sebagai instrument dianalisis menggunakan program Winstep 3.69.1.11
yang mengaplikasikan model pengukuran Rasch. Melalui analisis yang dijalankan,
dapatan skor min digunakan untuk menentukan meneroka unsur kecindan, mengenal
pasti tahap penerapan unsur kecindan dan mengenal pasti unsur kecindan yang
dominan. Sementara dapatan Differential Group Functioning (DGF) pula digunakan
untuk mengenalpasti mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam
penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk
Teknologi. Hasil analisis menunjukkan penerapan unsur kecindan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi adalah berada pada tahap yang
sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara guru perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan
unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Hasil
kajian ini diharapakan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada
pelaksanaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran serta
peningkatan profesionalisme guru di sekolah. |
---|