Konflik pengambilan tanah Orang Asli : kajian kes di Johor dan Selangor
Orang Asli merupakan golongan minoriti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sistem Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah saka Orang Asli yang diwarisi dari ge...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1704/1/24p%20ZAINAL%20ZULHILMI%20ZAINAL%20ABIDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1704/2/ZAINAL%20ZULHILMI%20ZAINAL%20ABIDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1704/3/ZAINAL%20ZULHILMI%20ZAINAL%20ABIDIN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Orang Asli merupakan golongan minoriti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sistem
Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi
kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah
saka Orang Asli yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem
pendaftaran. Objektif kajian ini adalah (1) Mengenalpasti konflik yang berlaku akibat
daripada pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat, (2) Menganalisis kesan pengambilan
tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat dan (3) Menjelaskan usaha penyelesaian
konflik pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Bagi mencapai objektif kajian ini,
kaedah kualitatif telah digunakan melalui kaedah temubual semi struktur. Temubual ini telah
dijalankan ke atas lima belas responden utama daripada pihak berkepentingan iaitu enam
orang Tok Batin dan Penolong Batin bagi setiap kampung yang terlibat, dua pegawai
daripada pejabat tanah Negeri Johor dan Selangor, tiga pegawai daripada Jabatan Kemajuan
Orang Asli , seorang pegawai daripada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM),
seorang wakil badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia , dan
seorang ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat konflik di antara masyarakat
Orang Asli, konflik di antara Orang Asli dan Pihak Berkuasa serta konflik di antara agensi
kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kesan pengambilan tanah dapat dilihat melalui kesan
terhadap sosiobudaya, persekitaran dan ekonomi masyarakat Orang Asli yang terlibat.
Kaedah penyelesaian bagi pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat adalah melalui
rundingan, bayaran pampasan, menggunakan saluran mahkamah, Dasar Pemberi Milikan
Tanah Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Inkuiri Nasional oleh Suruhanjaya
Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia. |
---|