Pelaksanaan pengajaran pensyarah tiada kelayakan Ikhtisas Pendidikan
Kajian deskriptif kuantitatif berbentuk kajian kes institusi ini meninjau pelaksanaan pengajaran dalam kalangan pensyarah tiada kelayakan ikhtisas pendidikan mengikut pendapat pelajar Sarjana Muda kejuruteraan Mekanikal di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Universiti Tun Hussein Onn M...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1925/1/24p%20IZYAN%20MUMTAZ%20CHE%20ILIAS.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1925/2/IZYAN%20MUMTAZ%20CHE%20ILIAS%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian deskriptif kuantitatif berbentuk kajian kes institusi ini meninjau pelaksanaan
pengajaran dalam kalangan pensyarah tiada kelayakan ikhtisas pendidikan mengikut
pendapat pelajar Sarjana Muda kejuruteraan Mekanikal di Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal dan Pembuatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Tahap
pengajaran pensyarah tersebut dilihat dari dua pemboleh ubah iaitu penggunaan
prinsip-prinsip pedagogi dan penggunaan domain kognitif, afektif dan psikomotor
Taksonomi Bloom dalam objektif pengajaran. Maklumat latar belakang pendidikan
pensyarah diperolehi daripada laman web rasmi UTHM. Selain itu, penyelidikan ini
tertumpu pada beberapa aspek lain iaitu gaya mengajar, persediaan mengajar,
domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Dalam kajian ini, soal
selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan telah diedarkan kepada 175 orang
pelajar (56 %) tahun akhir sesi 2012/2013 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Mekanikal di UTHM. Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) ver 16.0 untuk mendapatkan skor min.
Dapatan kajian menunjukkan tahap pengajaran pensyarah kejuruteraan mekanikal
yang tiada ikhtisas pendidikan berada pada tahap sederhana (min = 2.98). Dengan
ini, dapat dirumuskan bahawa pensyarah kejuruteraan mekanikal yang tiada ikhtisas
pendidikan di UTHM kurang kemahiran dalam prinsip-prinsip pedagogi dan kurang
memberi penekanan terhadap objektif pengajaran dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. |
---|