Penilaian kualiti persekitaran dalaman (IEQ) bangunan Akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia dalam konteks pengurusan fasiliti

Kualiti Persekitaran Dalaman atau Indoor Environmental Quality (IEQ) merupakan komponen penting dalam konteks bangunan mesra alam yang akan menentukan tahap kualiti penghuni di dalam sesebuah bangunan. Secara purata dianggarkan 80% kehidupan seharian manusia adalah berada di dalam bangunan. Ketid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sulaiman, Muhammad Azwan
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1987/1/24p%20MUHAMMAD%20AZWAN%20SULAIMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1987/2/MUHAMMAD%20AZWAN%20SULAIMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION%20%282%29.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/1987/3/MUHAMMAD%20AZWAN%20SULAIMAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kualiti Persekitaran Dalaman atau Indoor Environmental Quality (IEQ) merupakan komponen penting dalam konteks bangunan mesra alam yang akan menentukan tahap kualiti penghuni di dalam sesebuah bangunan. Secara purata dianggarkan 80% kehidupan seharian manusia adalah berada di dalam bangunan. Ketidakseimbangan IEQ menyumbang kepada Sindrom Bangunan Sakit (Sick Building Syndrome) sekali gus memberi kesan kepada produktiviti para penghuni juga kepada struktur bangunan. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pihak pengurusan harta dan fasiliti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) terhadap IEQ dalam konteks bangunan akademik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur tahap IEQ dan tahap kepuasan pengguna dalam bangunan akademik di IPTA. Kajian ini melibatkan bangunan akademik di 20 IPTA di Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, kajian saintifik dan juga pendekatan secara kuantitatif. Pendekatan Kualitatif digunakan bagi menilai tahap kesedaran pihak pengurusan harta dan fasiliti IPTA melalui proses temubual yang melibatkan 20 orang responden. Manakala pendekatan kedua adalah melalui kajian saintifik ke atas bangunan akademik yang memfokuskan kepada pengukuran elemen keselesaan terma, keselesaan bunyi, kualiti udara dalaman dan pencahayaan. Hasil pengukuran elemen tersebut dibandingkan dengan piawaian dari Malaysia Standard (MS 1525;2007) dan UNESCO. Bagi setiap IPTA, lima buah bilik kuliah dijadikan sampel dengan tiga kali bacaan setiap hari selama dua hari diperolehi bagi mendapatkan bacaan purata. Seterusnya, melalui pendekatan kuantitatif, data yang diperolehi melalui kaji selidik melibatkan 500 responden dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan kesedaran para pengurus harta dan fasililti di IPTA terhadap IEQ adalah baik tetapi masih ada beberapa kelemahan yang perlu ditambahbaik. Hasil ujian saintifik yang diperolehi menunjukkan bacaan bagi suhu dalaman, hanya UniSZA, UTHM dan UniMAS yang menepati piawaian, manakala bagi pencahayaan, UM, UIAM, UPSI, USM, UniSZA, UTM, UTHM, UTeM, UMS dan UniMAS berada di bawah tahap piawaian ditetapkan. Bagi keamatan bunyi, hanya UM, UPM, UPSI, USM dan UniMAP yang menunjukkan bacaan pada piawaian ditetapkan. Keseluruhannya menunjukkan bacaan berada pada tahap yang sederhana dan masih lagi memerlukan pernambahbaikan. Kajian ini turut mempamerkan bacaan purata bagi setiap elemen IEQ bagi bangunan akademik seluruh IPTA. Penemuan hasil kajian ini dijangka dapat membantu pihak pengurusan harta dan fasiliti IPTA dalam usaha menambahbaik tahap IEQ dalam bangunan akademik di kampus universiti sekaligus dapat meningkatkan tahap pengurusan fasiliti dalam mencapai tahap kelestarian kampus IPTA di Malaysia.