Penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional di UTHM
Terdapat pelbagai kerangka pembangunan dan pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh IPT dalam usaha untuk membangunkan kemahiran generik dalam kalangan pelajar antaranya adalah pembangunan kemahiran generik melalui aktiviti formal pengajaran dan pembelajaran, berasaskan program sokongan dan berasa...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1997/1/24p%20NATASHADORA%20MURIDAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1997/2/NATASHADORA%20MURIDAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Terdapat pelbagai kerangka pembangunan dan pendekatan yang boleh dilaksanakan
oleh IPT dalam usaha untuk membangunkan kemahiran generik dalam kalangan
pelajar antaranya adalah pembangunan kemahiran generik melalui aktiviti formal
pengajaran dan pembelajaran, berasaskan program sokongan dan berasaskan
kehidupan di kampus. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kemahiran
komunikasi interpersonal pelajar dalam pembelajaran yang merangkumi aspek
komunikasi lisan, komunikasi bukan lisan, kemahiran berucap, kemahiran
mendengar, kemahiran maklum balas dan kemahiran menulis maklumat di universiti
melibatkan seramai 74 orang responden dari pelajar tahun satu program Sarjana
Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn. Metodologi yang
dijalankan adalah berbentuk deskriptif dan inferensi menggunakan instrumen soal
selidik dengan skala lima mata. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah
0.937. Perisian yang digunakan untuk melakukan analisis kajian ialah SPSS versi
16.0. Hasil analisis mendapati aspek komunikasi lisan mencatatkan nilai bacaan skor
min yang tinggi iaitu sebanyak 4.01 manakala komunikasi bukan lisan mencatatkan
nilai bacaan skor min sebanyak 3.82. Aspek kemahiran komunikasi lain juga
mencatatkan skor min yang tinggi iaitu kemahiran ucapan mempunyai nilai sebanyak
3.91, kemahiran mendengar sebanyak 4.03, kemahiran maklum balas sebanyak 3.92
dan kemahiran menulis maklumat mencatatkan nilai skor min sebanyak 4.02. Secara
keseluruhannya, tahap kemahiran komunikasi interpersonal pelajar berada pada tahap
yang tinggi dan hasil kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan
penguasaan kemahiran komunikasi interpersonal berdasarkan latar belakang
pendidikan. Pada kajian akan datang, dicadangkan supaya mempelbagaikan
instrumen kajian seperti secara temu duga dan kajian kes agar dapat melihat
perbezaan di antara kedua-duanya. |
---|