Penghasilan perisian multimedia interakteraktif dan kesesuaiannya sebagai alat dan Bahan Bantu Mengajar (ABBM) bagi Pelajar Pendidikan Khas Vokasional Kursus Pemasangan Motosikal
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan perisian multimedia dan mengenalpasti kesesuaiannya sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) bagi pelajar pendidikan khas vokasional melalui penerimaan dan tindakbalas mereka setelah menggunakan perisian multimedia ini, penilaian guru d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2042/1/24p%20NUR%20FAZLIYAH%20MOHD%20KHOZAM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2042/2/NUR%20FAZLIYAH%20MOHD%20KHOZAM%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan perisian multimedia dan
mengenalpasti kesesuaiannya sebagai alat dan bahan bantu mengajar
(ABBM) bagi
pelajar pendidikan khas vokasional melalui penerimaan dan tindakbalas mereka
setelah menggunakan perisian multimedia ini, penilaian guru dan pakar bidang
melalui temu bual dan soal selidik. Perisian multimedia ini dibangunkan dengan
menggunakan konsep model ADDIE dan berdasarkan Modul Pemasangan Roda bagi
Kursus Pemasangan Motosikal. Para pelajar pendidikan khas vokasional ini
merupakan pelajar istimewa yang mempunyai masalah pendengaran dan masalah
pembelajaran
(learning disable
)namun mereka mampu menggunakan perisian
multimedia seperti pelajar normal yang lain dan pada masa yang sama mereka
memiliki kemahiran membaca yang baik. Dapatan hasil kajian yang dianalisis
menunjukkan penerimaan dan tindakbalas pelajar pendidikan khas ini adalah positif
berdasarkan nilai keseluruhan skor min yang tinggi. Kesimpulannya, kajian ini telah
berjaya mencapai objektifnya dan perisian multimedia merupakan alat dan bahan
bantu mengajar yang sesuai untuk kegunaan pelajar pendidikan khas. |
---|