Cabaran pelajar antarabangsa di Kolej Kediaman UTHM
Setiap pelajar mempunyai pelbagai cabaran tersendiri semasa mereka mengikuti pengajian di peringkat universiti. Cabaran ini terpaksa dilalui oleh mereka dan besar kemungkinan ianya akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2053/1/24p%20NURUL%20HIDAYATI%20HAMID.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2053/2/NURUL%20HIDAYATI%20HAMID%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2053/3/NURUL%20HIDAYATI%20HAMID%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Setiap pelajar mempunyai pelbagai cabaran tersendiri semasa mereka mengikuti
pengajian di peringkat universiti. Cabaran ini terpaksa dilalui oleh mereka dan besar
kemungkinan ianya akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Oleh sebab
itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah dominan yang dihadapi oleh
pelajar antarabangsa yang tinggal di Kolej Kediaman UTHM. Masalah penyesuaian
yang dikaji meliputi akademik, sosial dan peribadi-emosi. Selain itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti tahap keselesaan interaksi dalam kalangan pelajar
antarabangsa. Perbezaan antara masalah yang dihadapi dengan ciri-ciri demografi
juga turut dikaji. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif dan inferensi ini menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen di mana ia melibatkan 98 orang pelajar
antarabangsa yang tinggal di Kolej Kediaman UTHM. Data yang diperoleh telah
dianalisis menggunakan pendekatan Rasch Model melalui perisian Winstep versi
3.69. Hasil kajian mendapati (i) masalah penyesuaian sosial dilihat sebagai masalah
dominan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa dengan nilai mean measure 0.18
logit; (ii) tahap keselesaan interaksi dalam kalangan pelajar antarabangsa pula berada
pada tahap sederhana dengan nilai skor min 2.70; (iii) tiada perbezaan yang
signifikan antara masalah penyesuaian akademik dengan CPA; (iv) tiada perbezaan
yang signifikan antara masalah penyesuaian sosial dengan CPA; (v) tiada perbezaan
yang signifikan antara masalah penyesuaian peribadi-emosi dengan CPA; (vi) tiada
perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian akademik dengan negara;
(vii) tiada perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian sosial dengan
negara; (viii) terdapat perbezaan yang signifikan antara masalah penyesuaian
peribadi-emosi dengan negara. Diharap maklumat daripada tulisan ini akan
memberikan kesedaran dan manfaat bagi semua mengenai isu berkaitan dengan
cabaran pelajar antarabangsa untuk kesejahteraan warga dan organisasi. |
---|