Menentusahkan faktor tekanan kerja guru sekolah menengah Gred A Daerah Batu Pahat
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja guru yang mengajar di kawasan bandar dan sekolah tersebut dikategorikan sebagai sekolah gred A. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah yang terletak di bandar dalam Daerah Batu Pahat iaitu Sekolah Me...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
語言: | English English English |
出版: |
2013
|
主題: | |
在線閱讀: | http://eprints.uthm.edu.my/2103/1/24p%20NURUL%20SHAFINAZ%20HALIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2103/2/NURUL%20SHAFINAZ%20HALIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2103/3/NURUL%20SHAFINAZ%20HALIM%20WATERMARK.pdf |
標簽: |
添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
|
總結: | Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
tekanan kerja guru yang mengajar di kawasan bandar dan sekolah tersebut
dikategorikan sebagai sekolah gred A. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah
yang terletak di bandar dalam Daerah Batu Pahat iaitu Sekolah Menengah Datin Onn,
Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi
Sulaiman. Kajian ini mengesahkan sama ada konstruk yang dihasilkan merupakan
faktor tekanan kerja guru sekolah berkenaan. Selain itu, kajian ini juga mengenal
pasti apakah faktor paling dominan yang menyebabkan tekanan kerja guru dan ,
seterusnya melihat impak dimensi terhadap responden berdasarkan faktor yang dikaji.
Dalam menentukan konstruk, Classic Theory Test (CTT) dengan menggunakan
kaedah kualitatif melalui analisis dokumen dengan membuat kupasan kajian literatur.
Analisis faktor model Rasch dengan menggunakan Analisis Komponen Utama pada
residual digunakan dalam kajian ini bagi memastikan dan mengesahkan konstruk
atau faktor. Berdasarkan dapatan analisis dokumen, konstruk bagi faktor tekanan
kerja yang dikenal pasti adalah (i) Beban kerja (ii) Kekangan Masa dan Sumber (iii)
Disiplin pelajar (iv) Perhubungan Interpersonel dan (v) Keperluan Penghargaan.
Melalui analisis faktor yang dijalankan pula, mendapati kesemua faktor yang
dihasilkan telah menepati kriteria yang ditetapkan oleh model Rasch iaitu peratusan
varians mentah dijelaskan oleh pengukuran (raw variance explained by measure)
melebihi daripada 40%, peratus varians tidak dijelaskan dalam kontras pertama (first
contrast unexplained variance) adalah kurang daripada 10%, dan nilai eigen kontras
pertama (first contrast eigenvalue) juga kurang daripada 3.0. Hal ini membuktikan
dan mengesahkan bahawa keseluruhan konstruk adalah bersifat unidimensi dan
mampu mengukur apa yang hendak diukur. Faktor yang paling dominan adalah
faktor disiplin pelajar dan terdapat perbezaan persepsi responden dari aspek jantina,
umur dan tempoh bekerja terhadap konstruk atau faktor yang dikaji. |
---|