Penilaian integriti struktur robi test bed (road bridge interface test bed) di atas tanah lembut
Masalah mendapan kini kian menjadi isu utama apabila pembinaan dijalankan di atas struktur tanah lembut. Beberapa jenis tanah boleh dikelaskan sebagai tanah lembut iaitu tanah gambut, tanah liat dan tanah organik. Pembinaan di atas tanah jenis ini mengundang kesukaran dan menimbulkan pelbagai...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2111/1/24p%20RASIMAH%20MD%20ZIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2111/2/RASIMAH%20MD%20ZIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2111/3/RASIMAH%20MD%20ZIN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masalah mendapan kini kian menjadi isu utama apabila pembinaan dijalankan di atas
struktur tanah lembut. Beberapa jenis tanah boleh dikelaskan sebagai tanah lembut iaitu
tanah gambut, tanah liat dan tanah organik. Pembinaan di atas tanah jenis ini
mengundang kesukaran dan menimbulkan pelbagai masalah kerana tanah lembut adalah
kurang stabil dan mengalami pengukuhan primer serta pengukuhan jangka panjang
apabila penambahan bebanan yang berterusan. Dalam kajian ini, integriti struktur binaan
RoBI (Road-Bridge Interface) dikaji untuk menghubungkaitkan parameter seperti
mendapan, aras air bawah tanah dan ciri tanah liat lembut. Struktur RoBI telah dibina di
Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECESS) Malaysia di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) bagi menjalankan ujian berkaitan jambatan dan jalanraya pada masa
hadapan. Ujian geoteknikal terhadap tanah dilakukan pada tempoh awal pemantauan.
Manakala ujian integriti tanpa musnah ke atas RoBI dijalankan selama tiga belas (13)
bulan yang melibatkan pemantauan mendapan struktur RoBI, pemantauan aras, aras air
permukaan, taburan hujan dan suhu persekitaran. Jenis pengukuhan tanah pada sekitar
struktur RoBI ini dikategorikan sebagai pengukuhan primer (pekali pengukuhan,
Cv=0.08 m2
/tahun) dan masih berlaku pengukuhan tetapi dalam kadar yang sangat
perlahan. Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa tahap (rating) penilaian struktur
RoBI ini ialah 7 berdasarkan piawaian National Bridge Inspections Standards (NBIS) dan
2 berdasarkan piawaian Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia. Secara kesimpulannya,
struktur RoBI Test Bed ini sudah mencapai tahap integriti yang baik dan sedia digunakan
bagi sebarang ujian berkaitan jambatan dan jalanraya. Melalui kajian ini, struktur RoBI
ini dapat dijadikan sebagai tapak ujian yang paling ideal untuk sebarang pengujian yang
berkaitan jambatan dan jalanraya bagi penyiasatan fenomena mendapan di atas tanah
lembut pada masa akan datang.
Katakunci: mendapan, tanah lembut, RoBI, aras air permukaan |
---|