Kesediaan guru sekolah menengah agama terhaap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran
Perkembangan ICT yang begitu pesat pada hari ini menyebabkan sektor pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan teknologi di semua peringkat pengajiaan. Pada hari ini ICT sudah di terapkan ke dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Namun begitu di dapati penggunaan ICT belum lagi diimpleme...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2127/1/24p%20SITI%20MARDZIAH%20AZIZ.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2127/2/SITI%20MARDZIAH%20AZIZ%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perkembangan ICT yang begitu pesat pada hari ini menyebabkan sektor pendidikan
terpaksa mengikut arus penggunaan teknologi di semua peringkat pengajiaan. Pada
hari ini ICT sudah di terapkan ke dalam proses pengajaraan dan pembelajaran.
Namun begitu di dapati penggunaan ICT belum lagi diimplementasikan secara
menyeluruh dalam proses P&P. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk
menentukan tahap kesediaan para guru di Sekolah Agama dan tahap penggunaan ICT
dalam P&P. Tahap kesediaan guru agama diukur dari empat aspek iaitu dari segi
pengetahuan, sikap, kemahiran dan keyakinan para guru agama. Kajian ini juga
adalah untuk melihat perbezaan yang signifikan di antara penggunaan ICT dengan
faktor pengalaman mengajar dan kelulusan akademik para guru Sekolah Agama.
Seramai 113 responden terlibat dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan peisian “Statistical Packages For Sosial Science”
(SPSS)version 16 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Bagi menguji
hipotesisi null, analisis ujian Anova digunakan manakala dalam kajian ini juga
adalah untuk mengenalpasti adakah wujudnya hubungan di antara kesediaan guru
dengan tahap penggunaan. Hasil menunjukan bahawa kesediaan guru adalah tinggi
terhadap penggunaan ICT (skor min 3.69) sedangkan tahap penggunaan ICT adalah
pada tahap sederhana (skor min 3.22).Ini di sebabkan para guru agama mempunyai
tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tinggi iaitu (skor min=4.17, 3.75 dan
3.64) tetapi keyakinan yang kurang dan sederhana mempunyai min skor 3.23
terhadap penggunaan ICT. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan
di antara tahap penggunaan ICT dengan pengalaman berkerja dan kelulusan
akademik malah hubungan yang sederhana wujud di antara kesediaan guru Sekolah
Agama dengan penggunaan ICT. |
---|