Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan
Tindakan kurang penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasa JAS dalam memantau projek perumahan di lereng bukit telah mengakibatkan berlakunya runtuhan sehingga mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda. Objektif kajian adalah (i) mengkaji kaedah perlaksanaan penguatkuasaan EIA serta permas...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2273/1/24p%20MADYA%20HERAWATI%20AHMAD.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my-uthm-ep.2273 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
spelling |
my-uthm-ep.22732022-02-03T01:48:01Z Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan 2012-06 Ahmad, Madya Herawati TD Environmental technology. Sanitary engineering TD194-195 Environmental effects of industries and plants Tindakan kurang penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasa JAS dalam memantau projek perumahan di lereng bukit telah mengakibatkan berlakunya runtuhan sehingga mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda. Objektif kajian adalah (i) mengkaji kaedah perlaksanaan penguatkuasaan EIA serta permasalahannya; (ii) mengkaji masalah dan persepsi pemaju perumahan terhadap isu penguatkuasaan EIA; (iii) membentuk model penguatkuasaan yang berkesan dalam menangani isu penguatkuasaan EIA. Skop kajian ini tertumpu pada perumahan yang terletak di atas kecerunan Kelas II dan Kelas III negeri Selangor. Perumahan tersebut terletak di empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Pebandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Responden adalah terdiri daripada 52 orang pihak pemaju yang pernah terlibat dalam projek perumahan yang berisiko di negeri Selangor dan 16 orang pihak penguatkuasa JAS unit EIA iaitu JAS Kuala Lumpur, JAS Shah Alam, JAS Gombak dan JAS Putrajaya. Metodologi kajian ini terdiri daripada kaedah perpustakaan, temubual dan soal selidik. Hasil analisis Nvivo menunjukan bahawa lima elemen dalam penguatkuasaan perlu dilaksanakan oleh JAS, antara elemen tersebut adalah sokongan padu daripada semua pihak, kaedah pemantauan efektif, kaedah kepakaran teknikal, ketelusan semua pihak serta etika dan sikap profesional. Hasil analisis ujian korelasi Spearman’s Rho menunjukan permasalahan pihak pemaju adalah signifikan pada elemen sokongan padu daripada semua pihak, kaedah pemantauan efektif serta etika dan sikap profesional iaitu pada aras 0.05 dan 0.01 (dengan nilai p masing-masing 0.037, 0.010 dan 0.013) . Manakala persepsi pihak pemaju adalah signifikan pada elemen sokongan padu semua pihak, kaedah kepakaran teknikal, ketelusan semua pihak serta etika dan sikap profesional iaitu pada aras 0.05 dan 0.01 (dengan nilai p masing-masing 0.017 dan 0.009). Dapat disimpulkan bahawa lima elemen model penguatkuasaan berkesan wajar menjadi mekanisma penting berhubung penyelesaian kepada isu penguatkuasaan EIA bagi mencapai pembangunan lestari di Malaysia. 2012-06 Thesis http://eprints.uthm.edu.my/2273/ http://eprints.uthm.edu.my/2273/1/24p%20MADYA%20HERAWATI%20AHMAD.pdf text en public mphil masters Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan |
institution |
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
collection |
UTHM Institutional Repository |
language |
English |
topic |
TD Environmental technology Sanitary engineering TD194-195 Environmental effects of industries and plants |
spellingShingle |
TD Environmental technology Sanitary engineering TD194-195 Environmental effects of industries and plants Ahmad, Madya Herawati Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan |
description |
Tindakan kurang penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasa JAS dalam memantau
projek perumahan di lereng bukit telah mengakibatkan berlakunya runtuhan sehingga
mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda. Objektif kajian adalah
(i) mengkaji kaedah perlaksanaan penguatkuasaan EIA serta permasalahannya; (ii)
mengkaji masalah dan persepsi pemaju perumahan terhadap isu penguatkuasaan EIA;
(iii) membentuk model penguatkuasaan yang berkesan dalam menangani isu
penguatkuasaan EIA. Skop kajian ini tertumpu pada perumahan yang terletak di atas
kecerunan Kelas II dan Kelas III negeri Selangor. Perumahan tersebut terletak di
empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Pebandaran Subang Jaya
(MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan
Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Responden adalah terdiri daripada 52 orang pihak
pemaju yang pernah terlibat dalam projek perumahan yang berisiko di negeri Selangor dan
16 orang pihak penguatkuasa JAS unit EIA iaitu JAS Kuala Lumpur, JAS Shah Alam, JAS
Gombak dan JAS Putrajaya. Metodologi kajian ini terdiri daripada kaedah perpustakaan,
temubual dan soal selidik. Hasil analisis Nvivo menunjukan bahawa lima elemen dalam
penguatkuasaan perlu dilaksanakan oleh JAS, antara elemen tersebut adalah sokongan padu
daripada semua pihak, kaedah pemantauan efektif, kaedah kepakaran teknikal, ketelusan
semua pihak serta etika dan sikap profesional. Hasil analisis ujian korelasi Spearman’s Rho
menunjukan permasalahan pihak pemaju adalah signifikan pada elemen sokongan padu
daripada semua pihak, kaedah pemantauan efektif serta etika dan sikap profesional iaitu
pada aras 0.05 dan 0.01 (dengan nilai p masing-masing 0.037, 0.010 dan 0.013) . Manakala
persepsi pihak pemaju adalah signifikan pada elemen sokongan padu semua pihak, kaedah
kepakaran teknikal, ketelusan semua pihak serta etika dan sikap profesional iaitu pada aras
0.05 dan 0.01 (dengan nilai p masing-masing 0.017 dan 0.009). Dapat disimpulkan bahawa
lima elemen model penguatkuasaan berkesan wajar menjadi mekanisma penting berhubung
penyelesaian kepada isu penguatkuasaan EIA bagi mencapai pembangunan lestari di
Malaysia. |
format |
Thesis |
qualification_name |
Master of Philosophy (M.Phil.) |
qualification_level |
Master's degree |
author |
Ahmad, Madya Herawati |
author_facet |
Ahmad, Madya Herawati |
author_sort |
Ahmad, Madya Herawati |
title |
Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan |
title_short |
Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan |
title_full |
Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan |
title_fullStr |
Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan |
title_full_unstemmed |
Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan |
title_sort |
isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (eia) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: negeri selangor darul ehsan |
granting_institution |
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
granting_department |
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan |
publishDate |
2012 |
url |
http://eprints.uthm.edu.my/2273/1/24p%20MADYA%20HERAWATI%20AHMAD.pdf |
_version_ |
1747830933617115136 |