Pembangunan kerangka konsep sokongan peningkatan pencapaian akademik pelajar-atlet Universiti Awam Malaysia
Pelajar-atlet yang menjalani sesi pengajian di peringkat pra-siswazah di Universiti Awam (UA) Malaysia mengalami masalah dalam meningkatkan pencapaian akademik. Tinjauan awal menunjukkan bahawa hampir 40 peratus pelajar-atlet mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di bawah 3.00. Kajian ini b...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/231/1/24p%20MOHD%20ZULFADLI%20ROZALI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/231/2/MOHD%20ZULFADLI%20ROZALI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/231/3/MOHD%20ZULFADLI%20ROZALI%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelajar-atlet yang menjalani sesi pengajian di peringkat pra-siswazah di Universiti Awam (UA) Malaysia mengalami masalah dalam meningkatkan pencapaian akademik. Tinjauan awal menunjukkan bahawa hampir 40 peratus pelajar-atlet mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di bawah 3.00. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu kerangka konsep sokongan peningkatan pencapaian akademik yang diperlukan oleh pelajar-atlet UA Malaysia dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka semasa menjalani sesi pengajian. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk yang melibatkan Kaedah Bercampur Penerokaan Berjujukan (Exploratory Sequantial Mix-Method) iaitu melibatkan kaedah temu bual dan soal selidik. Fasa pertama, kajian menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual berstruktur melibatkan 12 orang responden yang pakar dalam pengurusan pelajar-atlet untuk meneroka elemen sokongan peningkatan pencapaian akademik bagi pelajar-atlet. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tema untuk mengenal pasti tema-tema dan ditadbir serta dianalisis dengan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) bagi mendapat kesepakatan dan persetujuan pakar. Fasa kedua, kajian tinjauan melalui edaran soal selidik kepada 85 pelajar pra-siswazah (atlet negara) dan merupakan pemegang biasiswa sukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menjalani sesi pengajian di Universiti Awam (UA) Malaysia. Data kajian tinjauan dianalisis menggunakan Permodelan Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM) untuk meramal domain-domain dan elemen-elemen yang terlibat. Dapatan kajian menerusi temu bual serta kesepakatan pakar mendapati wujud tiga domain, 23 elemen dan 97 sub- elemen. Manakala dapatan kajian tinjauan pula menunjukkan domain dan elemen sah dan boleh dipercayai. Dapatan juga menunjukkan domain aspek akademik (p,0.494) merupakan domain yang paling diperlukan dalam sokongan peningkatan pencapaian akademik bagi pelajar-atlet diikuti dengan domain aspek persekitaran (p,0.452) dan psikologikal-sosial (p,0.237). Akhirnya, satu kerangka konsep sokongan peningkatan pencapaian akademik pelajar-atlet di UA Malaysia dihasilkan berdasarkan penilaian model pengukuran. |
---|