Keberkesanan program industrial skills enhancement programme (INSEP) dalam membantu peningkatan kemahiran kebolehpekerjaan peserta program di pusat pembangunan kemahiran negeri
Pengangguran di kalangan siswazah merupakan satu masalah global dan ia menjadi satu isu yang hangat diperdebatkan di Malaysia baru-baru ini. Salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan melaksanakan program Industrial (INSEP) di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau keberke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2373/1/VIRAKWAN%20AIP%20HAI%20KELIAN%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2373/2/VIRAKWAN%20AIP%20HAI%20KELIAN%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2373/3/VIRAKWAN%20AIP%20HAI%20KELIAN%20-%20fulltext.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengangguran di kalangan siswazah merupakan satu masalah global dan ia menjadi satu isu yang hangat diperdebatkan di Malaysia baru-baru ini. Salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan melaksanakan program Industrial (INSEP) di Malaysia. Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau keberkesanan program INSEP dalam membantu peningkatan kemahiran kebolehpekeIjaan peserta program. Program INSEP yang dikaji hanya dihadkan kepada program INSEP yang dilaksanakan di dua (2) buah Pusat Pembangunan Kemahiran
Negeri yang mewakili zon utara dan zon selatan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan kedua-dua data kuantitatif dan kualitatif. Responden yang dipilih secara rawak terdiri daripada 63 orang peserta yang telah tamat mengikuti program INSEP pada tahun 2005. Selain daripada temu bual, soal selidikjuga digunakan sebagai instrumen utama dalam pengumpulan data. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science ( SPSS version 12.0) untuk
mendapatkan data deskriptif dan menjalankan pengujian statistik. Keputusan kajian menunjukkan persepsi peserta terhadap kualiti program daripada aspek reka bentuk program, prasarana dan pendekatan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan berada pada tahap yang sederhana ( skor min 3.79). Hasil kajian ini juga menjelaskan bahawa pendekatan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dapat membantu meningkatkan
kemahiran kebolehpekeIjaan peserta selepas tamat mengikuti program INSEP ( skor min 3.89). Seterusnya, hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap 0.05 terhadap peningkatan kemahiran kebolehpekeIjaan peserta sebelum dan selepas mengikuti program INSEP. Secara umumnya, hasil kajian ini telah menunjukkan perlaksanaan program INSEP telah beIjaya dalam membantu peningkatan kemahiran kebolehpekerjaan peserta setelah tamat mengikuti program tersebut. |
---|