Penggunaan jenis-jenis penilaian oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar

Penilaian ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang st'artegi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan denagn tujuan mengambil tindakan yang sewajamya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Noor Afzan, Yahya, Noorhayani, Tan, May Ling
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2418/1/NOOR%20AFZAN%20AHMAD%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2418/2/NOOR%20AFZAN%20AHMAD%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2418/3/NOOR%20AFZAN%20AHMAD%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penilaian ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang st'artegi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan denagn tujuan mengambil tindakan yang sewajamya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Penilaian terdiri daripada empat iaitu pra penempatan, formatif, diognastik dan sumatif. Keempat-empat jenis penilaian ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Melalui dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah lelaki lebih banyak menggunakan jenis-jenis penilaian dalam bilik kuliah iaitu min 3.37 berbanding dengan pensyarah perempuan iaitu min 3.28. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 47 % responden mempunyai pengetahuan tentang penilaian pendidikan jenis objektif, 6 4 % responden mengaplikasikan jenis penilaian kaedah lisan dalam aktiviti pengajaran dan 84 % responden bersetuju bahawa penilaian pendidikan telah dapat meningkatkan mutu diri pensyarah dalam aktiviti pengajaran. Manakala 2.7 % responden tidak bersetuju bahawa pelajar diberi masa yang mencukupi sebelum sesuatu jenis penilaian dilakukan. Sehubungan dengan itu pengkaji mencadangkan supaya pensyarah-pensyarah didedahkan dengan penggunaan jenis-jenis penilaian untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam usaha membina jenis-jenis ujian dengan lebih bermutu. Pensyarah juga digalakkan untuk melakukan jenis-jenis penilaian dalam bilik kuliah. Selain daripada itu, pensyarah juga perlu memastikan pelajar sentiasa bersedia untuk dibuat penilaian. Seterusnya pensyarah perlu mempelbagaikan jenis-jenis penilaian pendidikan dalam aktiviti pengajaran bagi mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan