Amalan komunikasi berkesan antara ketua jabatan dengan staf akademik di politeknik semenanjung Malaysia : satu kajian

Kemajuan sesebuah organisasi pendidikan seperti politeknik adalah hasil usahasama melalui komunikasi. Setiap individu mahupun kumpulan seharusnya menitikberatkan aspek komunikasi terutamanya dari segi hubungan antara perseorangan dan antara kumpulan dalam organisasi. Justeru, tujuan kajian ini d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yusof, Nor Zalina
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2457/1/NOR%20ZALINA%20BINTI%20MOHD%20YUSOF%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2457/2/NOR%20ZALINA%20BINTI%20MOHD%20YUSOF%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2457/3/NOR%20ZALINA%20BINTI%20MOHD%20YUSOF%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemajuan sesebuah organisasi pendidikan seperti politeknik adalah hasil usahasama melalui komunikasi. Setiap individu mahupun kumpulan seharusnya menitikberatkan aspek komunikasi terutamanya dari segi hubungan antara perseorangan dan antara kumpulan dalam organisasi. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji amalan komunikasi berkesan antara Ketua-ketua di setiap jabatan kejuruteraan dengan staf-staf akademik di politeknik-politeknik yang dipilih. Jabatan kejuruteraan yang dimaksudkan ialah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Penyelidik telah melibatkan sejumlah 260 orang responden yang merupakan staf-staf akademik dari empat buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra Kedah, Politeknik Port Dickson (PPD), Negeri Sembilan dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan Pahang. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Data-data yang telah diperolehi direkodkan dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) window versi 10.0. Seterusnya untuk tujuan analisis data, kaedah statistik deskriptif dan inferens digunakan. Dapatan daripada kajian menunjukkan tahap amalan komunikasi berkesan berada pada paras yang sederhana sahaja. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikenalpasti bagi meningkatkan tahap amalan komunikasi yang sedia ada.