Pembangunan Modul Pengurusan dan Identifikasi Stail Kepimpinan (MPISK) untuk latihan dan pendidikan bagi sektor penghasilan seramik di Johorcraft Village, Simpang Renggam, Johor
Dimensi amalan stail kepimpinan ketua akan mencorakkan budaya dalam pengurusan organisasi. Isu kepuasan keija menjadi elemen penting dalam peningkatan produktiviti industri bercirikan teknik dan vokasional. Kajian ini merupakan rentetan amalan ketua bertujuan membangunkan Modul Pengurusan dan Ide...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2459/1/NORHAFIZAH%20BT%20HAJI%20ISMAIL%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2459/2/NORHAFIZAH%20BT%20HAJI%20ISMAIL%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2459/3/NORHAFIZAH%20BT%20HAJI%20ISMAIL%20-%20fulltext.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dimensi amalan stail kepimpinan ketua akan mencorakkan budaya dalam
pengurusan organisasi. Isu kepuasan keija menjadi elemen penting dalam peningkatan
produktiviti industri bercirikan teknik dan vokasional. Kajian ini merupakan rentetan
amalan ketua bertujuan membangunkan Modul Pengurusan dan Identifikasi Stail
Kepimpinan (MPISK) untuk memberi latihan dan pendidikan dalam sumber manusia di
industri penghasilan seramik. Sebelum pembangunan modul, hubungan di antara gaya
kepimpinan ketua unit dengan kepuasan keija bagi pekeija industri dikaji. Stail
kepimpinan terbahagi kepada 4, iaitu demokrasi, autokratik, partisipatif dan bercirikan
kejayaan. Elemen kepuasan keija yang dikenalpasti terdiri daripada status profesional,
keperluan tugas, pembayaran gaji, interaksi dan persekitaran tempat keija. Sampel
kajian adalah 50 pekerja di kilang Johorcraft Village, Simpang Renggam, Kluang.
Pengumpulan data dilakukan melalui instrumen soal-selidik. Ia mengandungi Bahagian
Demografi Pekeija, Kepuasan Kerja dan Stail Kepimpinan Ketua. Keputusan kajian
mendapati bahawa stail kepimpinan partisipatif mempunyai hubungan yang signifikan
dengan gaji (r = 0.573). Pekerja tidak berpuas hati dengan faktor gaji, manakala tahap
kepuasan keija dapat diperhatikan melalui faktor jantina, umur, kelulusan akademik
dan pengalaman kursus. Modul berkaitan stail kepimpinan dan kepuasan keija
dibangunkan untuk melatih dan mendidik pekerja bagi sumber manusia di Johorcraft
Village untuk pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan pekeija dalam bidang teknikal. |
---|