Pembangunan modul pembelajaran autocad dan kajian penerimaan pelajar. Satu kajian kes di Politeknik Kota Bharu

Modul Pengajaran dan Pembelajaran AutoCAD (MPP) merupakan satu media pengajaran yang mengandungi asas-asas mengenai komputer, perisian AutoCAD 2000 dan langkah-langkah berperingkat membuat lukisan teknikal menggunakan AutoCAD 2000. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana MPP ini boleh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Shukor, Nor Hidayah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2756/1/NOR%20HIDAYAH%20ABDUL%20SHUKOR%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2756/2/NOR%20HIDAYAH%20ABDUL%20SHUKOR%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2756/3/NOR%20HIDAYAH%20ABDUL%20SHUKOR%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Modul Pengajaran dan Pembelajaran AutoCAD (MPP) merupakan satu media pengajaran yang mengandungi asas-asas mengenai komputer, perisian AutoCAD 2000 dan langkah-langkah berperingkat membuat lukisan teknikal menggunakan AutoCAD 2000. Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana MPP ini boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam aspek kesesuaian isi kandungan, sifat mesra pengguna dan kebolehlaksanaannya. Respondan untuk kajian ini ialah seramai 42 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu. Untuk kajian ini instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik di mana penilaian dilakukan berdasarkan persepsi responden terhadap MPP. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan SPSS VI1.0 yang melibatkan skor min. Hasil kajian melaporkan dapatan yang diperolehi berkenaan penerimaan terhadap MPP. Hasil dapatan kajian menunjukkan penerimaan yang positif terhadap MPP oleh pelajar dan ianya mempimyai kebolehlaksanaan yang tinggi (skor min = 3.96) untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun pengkaji percaya MPP ini mempunyai ruang untuk penambahbaikan seperti saranan oleh penilai yang mengesahkan MPP ini agar ia lebih menarik dan sesuai digunakan pada masa depan.