Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik : kajian di kalangan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO
Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk melihat bagaimana hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Objektif kajian ialah mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian juga t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2991/1/MOHD%20RAKIME%20BIN%20SHAFFAI%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2991/2/MOHD%20RAKIME%20BIN%20SHAFFAI%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2991/3/MOHD%20RAKIME%20BIN%20SHAFFAI%20-%20fulltext.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk melihat bagaimana hubungan
kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn. Objektif kajian ialah mengenalpasti hubungan kecerdasan emosi dengan
pencapaian akademik pelajar. Di samping itu, kajian juga tertumpu kepada
mengenalpasti jantina, bangsa, umur dan perkaitannya dengan pencapaian akademik.
Selain itu, kajian juga ingin melihat tahap kecerdasan emosi melalui empat konstruk
iaitu konstruk kawalan diri, konstruk motivasi/kesedaran diri, konstruk pengurusan
emosi dan konstruk kemahiran sosial. Pembinaan manual pengukuran kecerdasan emosi
juga menjadi salah satu objektif kepada kajian ini. Seramai 100 orang pelajar Saijana
Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) terlibat
dalam kajian yang dijalankan. Instrumen kajian ialah soal selidik dan data-data yang
telah diperolehi telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 10.0 untuk
memudahkan pelaksanaan kajian. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya
kecerdasan emosi mempunyai hubungan yang lemah dengan jantina dan umur,
hubungan yang sederhana antara kecerdasan emosi dengan bangsa. Bagi kecerdasan
emosi dengan pencapaian akademik pula tidak mempunyai hubungan yang signifikan.
Keempat-empat konstruk juga menunjukkan tidak mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar. Melalui komen dan cadangan berkaitan manual pengukuran kecerdasan emosi,
secara keseluruhannya penyelidik perlu menambahkan soalan-soalan berbentuk
kecerdasan emosi dan manual yang disediakan mudah untuk mereka fahami serta senang
digunakan. |
---|