Tinjauan tahap pengetahuan pelajar semester satu diploma pengurusan pelancongan mengenai kursus diploma pengurusan pelancongan di Politeknik Johor Bahru

Kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar mengenai kursus Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Johor Bahru. Kajian ini berdasarkan kepada permasalahan yang timbul iaitu kurangnya tahap pengetahuan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester satu mengenai tah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaafar, Nur Azureen
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3001/1/NUR%20AZUREEN%20BINTIJAAFAR%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3001/2/NUR%20AZUREEN%20BINTIJAAFAR%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/3001/3/NUR%20AZUREEN%20BINTIJAAFAR%20-%20fulltext.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar mengenai kursus Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Johor Bahru. Kajian ini berdasarkan kepada permasalahan yang timbul iaitu kurangnya tahap pengetahuan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan semester satu mengenai tahap pengetahuan kursus Diploma Pengurusan Pelancongan. Kajian ini diperlukan agar tahap pengetahuan pelajar dapat ditingkatkan tentang kursus ini agar pencapaian pelajar juga dapat ditingkatkan Ini akan memberikan keuntungan kepada pelajar itu sendiri kerana dengan adanya tahap pengetahuan tentang kursus terbabit akan memudahkan pelajar memahami pelajaran yang akan diikuti. Selain itu, kajian ini juga dapat mengkaji faktor pelajar memilih kursus pengurusan pelancongan. Bagi mempastikan pelajar yang akan dikeluarkan oleh pihak politeknik mempunyai kualiti yang tinggi, maka tahap pengetahuan pelajar mengenai sektor pelancongan juga dikaji. Sebanyak 38 responden telah diambil sebagai responden dan juga merupakan populasi kepada keseluruhan pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan. Hasil daripada data yang dikumpulkan pengkaji telah mengemukakan penyelesaian dan cadangan yang bersesuaian untuk menyelesaikan permasalahan kajian. Hasil dapatan kajian mengenai topik ini adalah penting sebagai kegunaan ataupun rujukan kepada institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pelancongan dan pusat kaunseling dan bimbingan kerjaya di dalam institusi tersebut dan terutamanya kepada pelajar program pelancongan yang baru mengikuti kursus pengurusan pelancongan. Mudah-mudahan hasil dapatan kajian ini akan meningkatkan tahap pengetahuan pelajar program pelancongan dan seterusnya meningkat tahap kualiti industri pelancongan di Malaysia.