Pembangunan modul prinsip ekonomi dalam topik teori permintaan dan penawaran bagi pelajar diploma di politeknik
Dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan termasuklah kaedah pembelajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran bermodul secara kendiri. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesesuaian Modul Prinsip Ekonomi dalam topik Teori Permintaan Dan Pen...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3009/1/SITI%20MAHANUM%20BINTI%20SHAIK%20ISMAIL%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3009/2/SITI%20MAHANUM%20BINTI%20SHAIK%20ISMAIL%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3009/3/SITI%20MAHANUM%20BINTI%20SHAIK%20ISMAIL%20-%20fulltext.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam dunia pendidikan, terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang telah
diperkenalkan termasuklah kaedah pembelajaran yang menggunakan pendekatan
pembelajaran bermodul secara kendiri. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji
kesesuaian Modul Prinsip Ekonomi dalam topik Teori Permintaan Dan Penawaran yang
telah dihasilkan bagi pelajar yang mengikuti pengajian Diploma di Jabatan Perdagangan
Politeknik. Antara aspek yang dikaji ialah untuk menilai sama ada modul yang
dihasilkan dapat memenuhi ciri-ciri modul yang baik, modul yang dihasilkan dapat
membantu pensyarah menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan, modul
yang dihasilkan dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan
pelajar dan modul yang dihasilkan dapat mencapai objektif-objektif pembelajaran yang
telah ditetapkan. Kajian ini dilakukan ke atas 144 orang pelajar semester satu yang
mengikuti pengajian diploma dan 5 orang pensyarah yang mengajar subjek Prinsip
Ekonomi di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Selangor. Kaedah analisa data yang digunakan dalam kajian ini ialah skor min dan
peratus. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa modul yang dihasilkan
memenuhi ciri-ciri modul yang baik, membantu pensyarah menyampaikan
pengajarannya dengan lebih berkesan, membantu meningkatkan tahap kefahaman dan
penguasaan pelajar dan membantu mencapai objektif-objektif pembelajaran. Ini
bermakna secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa modul yang
dihasilkan oleh pengkaji adalah sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar semester satu
yang mengikuti pengajian diploma di Jabatan Perdagangan peringkat politeknik.
Seterusnya, beberapa pandangan telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu dan
kualiti MPK yang dihasilkan. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada
mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan. |
---|