Keberkesanan penggunaan edubase dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya kognitif, afektif dan psikomotor di Politeknik Malaysia

Bahan bantu pengajaran yang digunakan secara bersesuaian dengan pelajar menyumbang kepada perkembangan pembelajaran mereka. Dalam dunia pendidikan teknikal, aspek kognitif dan psikomotor turut memberi kesan kepada kualiti pembelajaran pelajar. Kajian ini membincangkan tentang kesan penggunaan ED...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mansor, Marlini
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/339/1/24p%20MARLINI%20MANSOR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/339/2/MARLINI%20MANSOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/339/3/MARLINI%20MANSOR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bahan bantu pengajaran yang digunakan secara bersesuaian dengan pelajar menyumbang kepada perkembangan pembelajaran mereka. Dalam dunia pendidikan teknikal, aspek kognitif dan psikomotor turut memberi kesan kepada kualiti pembelajaran pelajar. Kajian ini membincangkan tentang kesan penggunaan EDUBASE terhadap pencapaian dan minat pelajar yang mempunyai gaya kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza dalam topik Electromagnetism. Seramai 70 orang pelajar politeknik yang terdiri daripada 33 pelajar kumpulan rawatan dan 37 pelajar kumpulan kawalan telah terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuasi-ekperimen ini. Ujian kognitif, psikomotor, ujian pra-pasca dan kaji selidik telah diagihkan untuk memantau kesan penggunaan EDUBASE terhadap pelajar. Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik MANCOVA, korelasi Pearson dan skor min. Hasil dapatan dalam kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang tidak signifikan secara statistik bagi skor pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Namun, skor min menunjukkan kumpulan rawatan memberikan skor yang lebih cemerlang dan minat mereka juga turut meningkat dalam topik pembelajaran tersebut berbanding pelajar yang mengaplikasikan pembelajaran secara konvensional. Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap minat dan pencapaian. Di samping itu, EDUBASE yang diaplikasikan telah memenuhi keperluan dan minat pelajar. Secara ringkasnya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan EDUBASE sebagai alat bahan bantu mengajar dilihat berkesan dalam memberikan kecemerlangan pencapaian dan meningkatkan minat pelajar politeknik terhadap topik Electromagnetism.