Perlaksanaan MS 2593:2015 (kod amalan kemudahan kediaman sementara pekerja tapak bina) di kalangan kontraktor gred 6 dan gred 7

Keadaan kediaman sementara di tapak pembinaan bagi pekerja binaan yang teruk merupakan salah satu punca industri pembinaan mempunyai imej yang negatif dan sering dikaitkan dengan konotasi kotor, bahaya dan sukar (3D: dirty, dangerous and difficult). Oleh itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khamis, Norasyikin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/354/1/24p%20NORASYIKIN%20KHAMIS.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/354/2/NORASYIKIN%20KHAMIS%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/354/3/NORASYIKIN%20KHAMIS%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keadaan kediaman sementara di tapak pembinaan bagi pekerja binaan yang teruk merupakan salah satu punca industri pembinaan mempunyai imej yang negatif dan sering dikaitkan dengan konotasi kotor, bahaya dan sukar (3D: dirty, dangerous and difficult). Oleh itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah mengetuai satu inisiatif untuk mengubah keadaan ini dengan membangunkan MS 2593:2015. Memandangkan perlaksanaan garis panduan ini di dalam industry pembinaan masih terlalu baru, kajian dari segi tahap komprehensif, kepentingan, dan jurang pematuhan terhadap kehendak-kehendak di dalam garis panduan ini adalah kritikal untuk dilakukan. Sehubungan dengan itu, empat (4) objektif telah dikenalpasti; (i) untuk menentukan perbezaan di antara MS 2593:2015 dengan garis panduan yang sama dari negara lain,(ii) menilai tahap kepentingan kehendak-kehendak MS 2593:2015 berdasarkan perspektif kontraktor,(iii) menganalisis jurang pematuhan terhadap kehendak MS 2593:2015 berbanding amalan biasa di tapak pembinaan, dan (iv) menganalisis hubungkait di antara tahap kepentingan MS 2593:2015. Kajian ini telah menggunakan kaedah campuran bagi mencapai objektif yang dinyatakan; (i) kualitatif dengan menggunakan Nvivo v.8, (ii) kuantitatif dengan menggunakan SPSS v.20, (iii) kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian di tapak pembinaan, dan (iv) kuantitatif dengan menggunakan hasil objektif (ii) dan (iii) melalui korelasi Spearman Rho’s. Objektif (i) merangkumi garis panduan-garis panduan yang sama dengan garis panduan dari negara lain, manakala objektif (ii) dan (iii) pula memilih kontraktor Gred 6 dan Gred 7 di seluruh negeri Johor. Hasil dapatan menunjukkan; (i) MS 2593:2015 sahaja yang menggariskan dengan terperinci aspek kemudahan riadah dan sosial, dan papan tanda, (ii) hanya lapan (8) dari 59 item dalam MS 2593:2015 dianggap penting untuk disediakan termasuklah bekalan elektrik, bekalan air, dan kemudahan pertolongan cemas, (iii) indeks purata pematuhan kontraktor terhadap kehendak MS 2593:2015 adalah 38.52%, dan (iv) analisis korelasi persepsi kontraktor mengenai kepentingan melaksanakan MS 2593:2015 dengan penyediaan rumah pekerja di tapak pembinaan sebenar adalah sederhana kuat. Kesimpulannya, MS 2593:2015 mempunyai beberapa kelebihan berbanding garis panduan yang lain. Malangnya, kontraktor Gred 6 dan Gred 7 tidak merasakan kepentingan kehendak MS 2593:2015 dengan pematuhannya yang sangat minimum. Ini dibuktikan dengan hasil dapatan sederhana kuat melalui ujian korelasi Spearman Rho’s. Kajian ini mencadangkan kajian semula secara berkala keatas MS 2593:2015 dengan penglibatan sepenuhnya pihak berkepentingan di dalam pembinaan terutama kontraktor perlu dilakukan kerana kekangan utama dalam melaksanakan garis panduan ini adalah kos. Selain itu, maklum balas yang komprehensif dari komuniti pembinaan di seluruh negara diperlukan bagi memastikan MS 2593: 2015 dapat dilaksanakan dengan jayanya.