Kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru program pendidikan khas sekolah mengengah teknik di Malaysia
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang disediakan di sekolah dapat membantu perlaksanaan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenal pasti sikap guru-guru dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3971/1/24p%20MOHD%20HASRIL%20AMIRUDDIN.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kemudahan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang disediakan di sekolah dapat
membantu perlaksanaan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran, mengenal
pasti sikap guru-guru dalam penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, dan
mengenal pasti tahap kemahiran guru-guru, terhadap penggunaan TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian, iaitu seramai 53
orang guru-guru dari Program Pendidikan Khas yang bertugas mengajar di Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia. Sampel terdiri
daripada 27 orang guru lelaki dan 13 orang guru perempuan di lima buah Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional Program Integrasi di Malaysia. Soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini diperoleh melalui kajian lepas yang
telah diubahsuai. Melalui soal selidik tersebut, terdapat beberapa soalan telah diubahsuai
agar bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan dan dapat menjawab persoalan
kajian yang dikemukakan. Data kajian telah diproses menggunakan perisian Statiscal
Process for Social Science (SPSS) versi 15. Hasil dapatan kajian dihuraikan secara
deskriptif seperti taburan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.
Hasil kajian mendapati bahawa kemudahan TMK di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional Program Integrasi di Malaysia adalah berada di tahap sederhana. Dapatan
juga menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan TMK semasa proses
pengajaran dan pembelajaran adalah positif. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa
tahap kemahiran dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran guru adalah pada
tahap mahir dan pada item tertentu masih perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih
tinggi. Kajian ini diharapkan mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dalam menyediakan latihan serta program berkaitan kemahiran menggunakan
kemudahan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi bagi
memastikan guru-guru sedia ada ataupun bakal-bakal guru benar-benar bersedia
mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat
melahirkan pelajar generasi baru yang celik teknologi maklumat dalam menempuh era
siber yang lebih mencabar. |
---|